Dah Tak Macam Kembar Dah!

Salam dears,
Baru baru ni kan Mama ada cerita yang Mama risau sangat tentang mata si Faris sebab ‘power’ mata sebelah kirinya terlalu tinggi. Hari Rabu minggu lepas kitorang dah pun bawa dia pergi jumpa doktor pakar mata, dan lepas tu atas nasihat doktor pakar kitorang bawa plak Faris ke ‘optometrist’ untuk dapatkan rawatan selanjutnya.

Alhamdulillah, walaupun ada kesan kekal, tapi bagi Mama...Mama bersyukur sangat sebab sempat dikesan sebelum ianya jadi lebih teruk, buat masa sekarang ni masih boleh diperbetulkan. Ikutkan Mama dah bayangkan bermacam macam perkara yang jauh lebih teruk lagi.  Sekarang ni Faris akan kena buat 'vision theraphy' dan kena pakai spek mata. 

Encem tak? 

Faris pilih sendiri bingkai cermin mata tu, ada corak celoreng celoreng askar. Punya laa dia berkenan, sampai nak terus pakai bawa balik. Dan dan tu jugak dia kata mata dah terang dah, dah nampak jelas semua benda...padahal masa cuba bingkai tu kan cermin masih cermin tipu yang tak dak power, nampak sangat kelentongannya tu hahaha

Semalam spek tu siap dan kitorang dah pergi ambil. Punya laa teruja dia nak pakai spek, dari Jumaat malam dok bagitau nak pergi kedai ambil spek...nak pergi ambil spek hehe. Nasib baik gak lah dia teruja, sebab dia kena pakai spek tu setiap masa kecuali waktu tidur ja. Kalau dia tak suka, jenuh laa plak nak kena paksa pakai kan?

Abang encem berkaca mata ;-)

Hmm sekarang si kembar tiga Mama ni dah tak nampak sangat macam kembar dah! Sebab sorang pakai spek mata kan. Lepas ni senang laa orang lain nak bezakan diorang dan kenalpasti yang mana satu Faris. 

Di antara Fahmi dan Fauzi plak senang ja nak beza, Fahmi yang muka bulat pipi tembam sikit dan Fauzi yang muka kurus dagu runcing sikit. Memang senang lah nak cam, kacang putih ja. Ehh tak ke? Korang still tak leh cam gak ke? Hehehe

Rupa dah tak macam kembar dah kan? 

Cuba teka yang mana Fahmi dan yang mana Fauzi? Faris opkos laa yang kat tengah tu kan. Haaa teka...teka... hehe

Mama dah ada geng 'specky'

Ohh yaa...masalah mata Faris tu ialah mata kirinya adalah ‘lazy eye’ atau 'mata malas'. Apa tu? Kenapa jadi ‘mata malas’ tu kat Faris? Haaa tu nanti Mama cerita kemudian yer ;-)

Labels: ,