Mempelajari Sejarah Malaysia
Sempena Hari Muzium Antarabangsa yang bakal disambut pada 18 Mei 2016, Muzium Negara dengan kerjasama Tripovo telah mengadakan program bersama bloggers dan pengamal media sosial. Haaa ini kali pertama tau Muzium Negara bekerjasama dengan bloggers. Bangga aii dapat jadi sebahagian daripada 'sejarah' Muzium Negara gitu hehe
Anyways, program yang dinamakan 'Discovering Malaysia's Painted Heritage' ni umpama lawatan sambil belajar. Rasa macam ikut rombongan sekolah plak masa tu. Terus terasa diriku muda kembali hehe ;-)
Hampir dua jam juga kami habiskan masa melawat ke seluruh Muzium Negara yang dibahagikan kepada empat seksyen iaitu Galeri A: Sejarah Awal, Galeri B: Kerajaan-Kerajaan Melayu Galeri C: Era Kolonial dan Galeri D: Malaysia Kini. Setiap galeri tersimpan kisah yang tersendiri, menarik!
Yang buat jadi lagi best ialah kami ada 'tour guide' untuk menerangkan tentang segala artifak yang dipamerkan. Banyak fakta menarik dikongsikan oleh Mr. Yee, 'tour guide' kami. Relaks je dia melayan pelbagai soalan yang diajukan, respeklah!
Mr. Yee bersemangat bercerita
Sambil dengar penerangan daripada Mr. Yee, Mama tak jemu jemu ambil gambar. Rasa macam semua artifak tu nak snap gambar, sebab bukan nak dapat tengok dah kat tempat lain. Meh nak share kan sikit kat sini, nak tengok yang lain tu...korang kena lah pergi sendiri ke Muzium Negara ye...
Galeri A: Sejarah Awal
Replika tengkorak 'Manusia Jawa' yang dianggarkan berusia 500,000 tahun
Diantara alatan yang digunakan semasa Zaman Neolitik
Batu ni digunakan sebagai penanda sempadan kawasan
Pengkebumian kubur batu kepingan
Pengkebumian dalam tempayan
Galeri B: Kerajaan-Kerajaan Melayu
Rupa rupanya tengkolok ada pelbagai gaya ikatan, mengikut negeri
Nama tengkolok ni menarik sangat...
Kiri - Destar Ketam Budu (Kelantan)
Kanan - Tengkolok Dendam Tak Sudah (Perlis)
Sandal kayu...camna nak pakai tu?
Kalau Mama pakai, baru satu langkah dah tercabut dah kot hehe
Kain cindai dan kain sari. Selalu dok dengar Dato' Siti Nurhaliza nyanyi 'cindai lah mana..', kali ni dapat tengok dengan mata sendiri :-)
Bunga Mas ni menarik perhatian Mama, sebab cantik! Ianya adalah ufti yang dihantar setiap tiga tahun oleh raja-raja Melayu kepada Raja Siam sebagai lambang persahabatan. Raja Siam balas balik dengan barang-barang sama nilai. Amalan yang bermula pada abad ke 14 dan dihentikan pada penghujung abad ke-19. Kenapa? Kena buka balik buku sejarah ni... .
Al-Quran seratus tahun yang ditulis tangan, keadaannya masih elok lagi. Kagum.
Posing acah acah model adalah salah satu agenda yang wajib ada bila pergi ke Muzium Negara hehe
Galeri C: Era Kolonial
Replika pintu gerbang Kota A' Famosa di Melaka
Peta laluan kedatangan Portugis ke Melaka
Replika kapal korek yang digunakan untuk melombong bijih
Basikal yang digunakan oleh tentera Jepun semasa zaman pendudukan Jepun dulu
Pakaian dan pedang tentera Jepun
Okeh...meriam ni selamat dipeluk hehehe
Galeri D: Malaysia Kini