Ben Ashaari Tetap Menang Bagi Mama...

Salam dears,
Setelah hampir dua bulan mengundi Ben Ashaari untuk kategori 'Blog Pilihan Online' dalam Anugerah Pilihan Online (APO 2016), akhirnya malam semalam debaran berakhir. Walaupun keputusan tidak seperti yang diharapkan, namun ianya bukanlah diluar jangkaan. Blog peribadi yang berkongsi kisah kehidupan seharian bersaing dengan blog cerita sensasi & kontrovesi, hmm dah boleh jangka kebarangkalian yang mana akan jadi pilihan umum kan? 


Walau apa pun, Mama tetap rasa bangga. Yaa...rasa bangga tak terucap pabila founder KBBA dicalonkan dalam TOP 5 Anugerah Pilihan Online 2016. Dan rasa bangga tu tetap sama lepas keputusan diumumkan. Walau tak dapat anugerah, tapi Ben Ashaari tetap menang di hati Mama! 

Sebelum Mama mula berblog, Mama dah follow blog Ben. Masa tu kagum dengan kesungguhannya yang mampu menulis banyak entri setiap hari. Walau entrinya ringkas, tapi Mama mesti nak baca, macam ada magnet yang menarik Mama untuk singgah ke blognya setiap hari. 

Bila dia berhenti kerja tetap untuk jadi blogger sepenuh masa demi menjaga sendiri anaknya, Mama bertambah respek pada dia. Tak ramai lelaki yang mampu buat camtu. Perempuan yang berhenti kerja demi keluarga, ramai. Tapi lelaki?

Ingat lagi, kali pertama jumpa Ben dalam bulan Februari 2011 di perkelahan geng kembar. Masa tu, excited macam jumpa artis, 'star struck' sangat kot. Bulan November 2014 plak, Mama secara rasmi dapat join Kelab Blogger Ben Ashaari (KBBA)

Bermula dengan satu email yang Mama hantar pada Ben, minta nasihat dan pendapat dia tentang blog. Dia reply suruh whatsapp dia. Perghh masa tu excited tergedik gedik macam budak budak kot, ye laa idola kita reply bagi nombor telefon suh whatsapp lagi, mau tak excited? hehehe

Dan kini, dah setahun setengah Mama bersama KBBA dan Mama sayang KBBA! Sebab banyak perkara positif yang Mama nampak dalam KBBA. Satu komuniti blogger yang saling mengambil berat tentang sesama sendiri, saling nasihat menasihati, bantu membantu dan berkongsi ilmu. Tak kira lah ilmu blogging atau ilmu tetang kehidupan. 

Sebahagian daripada keluarga besar KBBA yang sempat Mama jumpa masa Hari Keluarga dulu

Dengan motto 'Bukan Sekadar Blogger', KBBA juga buat kerja amal contohnya kerjasama dengan Lembaga Zakat Selangor, Agensi Dadah Kebangsaan, Projek Iqra, Aman Palestin, viralkan tentang pihak yang memerlukan bantuan, ada tabung amal dan macam macam lagi lah. 

Dan Mama rasa KBBA jadi macam ni sebab adanya seorang founder yang bagus, yang mahu memimpin anak anak buahnya untuk jadi lebih baik. Sentiasa tekankan tentang pentingnya kerjasama! Sanggup bersusah payah demi anak anak buahnya. Kehulu kehilir demi KBBA. Yang dia minta dari anak anak buahnya, hanyalah kerjasama, komitmen dan semangat untuk bergerak sebagai satu kumpulan!

Ben juga selalu ingatkan, agar jadi blogger yang boleh membawa manfaat kepada masyarakat. Paling tidak pun kepada orang yang membaca blog kita. Bukan sekadar kejar populariti, cerita benda yang sensasi dan kontroversi, tapi pengisian blog 'kosong'...

Hmm dalam KBBA sekali sekala ada yang sentap, ada selisih faham tu biasa lah. Perkara normal dalam apa juga hubungan kan? Keluar masuk dan pertukaran ahli juga perkara biasa dalam mana mana kelab atau komuniti. Yang keluar dan membawa haluan sendiri, moga terus berjaya. Yang kekal dalam KBBA ni, semoga makin utuh hubungan kita ye :-)

Anyways, terima kasih Ben kerana menyatukan kami dibawah KBBA. Terima kasih kerana menjadi seorang pemimpin yang baik. Yang ambil berat tentang anak anak buahnya. Terima kasih kerana Ben Ashaari terus menjadi Ben Ashaari. Walaupun tak dapat anugerah sebagai blog pilihan online, tapi Ben Ashaari tetap menang sebagai blog pilihan hati Mama! Chewahhhh ;-)

Labels: