Ayah Kan Ada!

Salam dears,
Hari ni kan Hari Ibu, jadi banyaklah ucapan dan 'quotes' sempena Hari Ibu yang melintas di timeline Facebook dan Instagram Mama. Dalam banyak banyak tu, ada satu yang buat Mama rasa eh ehh betul lah! hehehe


Si kembar ni, kalau nak apa apa...walau Ayah ada kat depan mata, Mama yang tengah 'sibuk' kat toilet juga yang dicari! Sampai terjerit terpekik mencari Mama, kadang tu  siap ketuk ketuk pintu toilet tau.

Cara diorang jerit jerit tu macam ada kecemasan je, sampaikan Mama ni kelam kabut laa keluar toilet. Ingatkan apa laa yang kalut sangat cari kita, rupa rupanya....nak minta ambilkan biskut...atau buatkan air...atau sekadar nak cakap "I love you Mama"! Cisss sabaqqq je lah! hahaha

Haii laa anak...kadang kadang perangai diorang tu boleh mengundang rasa nak marah  je. Tapi...bila diingat balik, rasa kelakar juga. Anak manja Mama namanya ni kan? hehe

Hmm bila diorang dah besar nanti, pasti semua ni akan jadi kenangan terindah. Pasti Mama akan rindu keletah diorang ni...confirm! :-)

Labels: ,