Tudung Bawal Atau Shawl?

Salam dears,
Dulu dulu Mama suka pakai shawl. Tapi mesti pakai dengan anak tudung/inner yang jenis ada 'awning'. Rasa kalau tak dak 'awning', muka nampak bulat sangat sebab shawl melekap kat dahi. Tapi dah setahun rasanya Mama tak pakai shawl. Sejak jatuh cinta dengan tudung bawal Aidijuma, memang itu je lah yang dipakai setiap hari.

Baru baru ni, Ayah belikan Mama sehelai shawl panjang. Sebab kawan ofisnya yang jual, shawl keluaran sendiri. Mula mula dapat tu, terpikir alamak camna nak pakai ni, inner 'awning' dah lama buang. Tapi kalau tak pakai shawl tu, kang kecil hati plak Ayah. Laki dah bagi, tak kan tak pakai kan?

So minggu lepas Mama pun cuba laa pakai juga shawl tu. Memang rasa pelik dan rasa macam muka nampak boolattt je hehe. Bila kat ofis, beberapa orang ofismate tegur kata Mama lagi sesuai pakai shawl. Buat nampak kurus katanya. Ehhh aii pantang dengar 'kurus', walaupun sekadar illusi penipuan tudung semata mata, terdetiklah rasa nak pakai shawl lagi hahaha

Tapi....tudung bawal Aidijuma yang penuh satu rak tu nak buat apa? Tak kan nak membazir tak pakai dah kan? So semalam gigih laa mengGoogle tutorial cara pakai tudung bawal gaya shawl. Lama gak laa layan tutorial kat YouTube baru faham camna nak buat. Ishhh orang lain dah lama pakai bawal gaya shawl, Mama ni baru nak cuba. Ketingalan zaman sungguh la hehehe.


Sebab ni kali pertama pakai camni, kena laa cerita kat blog kahkahkah ;-)
Ok tak pakai camni?

Shawl vs tudung bawal.
Korang rasa yang mana lebih sesuai untuk Mama?

Labels: , ,