Teringin Nak Ke Spa...

Salam dears,
Selalu tengok kawan kawan post dan bercerita tentang betapa seronoknya bila dapat pergi memanjakan diri di spa. Tak kisah laa buat rawatan apa pun, tapi Mama ni tengok deko spa pun dah boleh buat rasa teringin nak pergi dah hehe. Maklumlah, biasanya spa di hias agar tempatnya cantik, tenang dan sesuai untuk merehatkan badan dan minda kan...

Mama dari dulu dok berangan je nak pergi, tapi tak pergi pergi juga. Susah nak cari masa untuk 'larikan' diri ke spa. Sekali buat rawatan, tentu makan masa berjam jam kan? Hari kerja, awal pagi dah keluar rumah, malam baru balik, celah mana nak pi ke spa nya? 

Hari minggu plak, kalau tak ada hal, Mama pilih untuk habiskan masa dengan anak anak je. Kalau pergi spa, mestilah tak leh bawak anak anak kan. Kalau bawa anak anak ke spa, bukan nak merehatkan minda, tapi cari pasal dah namanya tu hahaha


(pic from Google)
Boleh terlelap ni kalau baring atas tu & ada orang dok mengurut kita

Lagi satu, bila ditengok ditengok harga...hmm kalau ambik pakej untuk buat beberapa jenis rawatan, mau cecah beratus ringgit juga. Jadi dok berkira kira plak nak keluarkan duit *kedekut!*. Pernah beli voucher diskaun dari Groupon, tapi sudahnya sampai voucher tamat tempoh tak digunakan. Sebab diskaun tu hanya pada hari kerja, masa tu plak tak dapat nak ambil cuti, rugi je huhu

Teringin sangat nak merasai sendiri, apa yang best sangat sampai orang sanggup keluarkan beratus ringgit untuk ke spa. Takpalah, pasang angan angan & kumpul duit dulu. Pastu cari masa yang sesuai. Satu hari nanti Mama mesti pergi juga memanjakan diri sendiri kat spa! Sementara tu kita cuci mata mengGoogle tengok gambar spa pun jadi lah hehehe ;-)

(pic dari blog Yaya)
Bestnya kalau dapat berendam dalam bathtub penuh bunga camni kan?

(pic dari blog Yaya)
Lepas tu, mengurut badan plak. Perghhh mesti best!

Labels: