Stress Dengan Jiran Sebelah!

Salam dears,
Biasanya bila masuk wad, Mama akan cuba minta nak duduk bilik 'single', tak nak berkongsi bilik. Sanggup 'top-up' sikit bayaran bilik, sebab nak lebih selesa kalau duduk bilik 'single'. Bukan nak berlagak ke mengada ngada, tapi dah beberapa kali terkena duduk sebilik dengan orang yang tak tahu menghormati 'jiran'. 

Kali ni, nasib tak berapa baik sebab bilik 'single' semua dah penuh. Musim orang ramai sakit kan. So terpaksa lah berkongsi bilik dan yang tak berapa nak syioknya, dapat 'jiran' yang jenis pasang TV kuat kuat. Sampai mengganggu lah!

Dah beberapa kali bagi hint. Mama saja dok cakap kat "Faris, jangan pasang TV kuat sangat, nanti kacau orang sebelah". Pastu jap lagi Mama cakap lagi "Faris perlahan kan TV", walaupun TV kitorang pelan ja sebenarnya.

Rasanya suara Mama dah cukup kuat dah untuk orang sebelah dengar, tapi tak dak beza pun. Dan rasanya yang pasang TV kuat tu, bukan anaknya, tapi mak bapaknya. Haishh stress plak bila dah bagi hint tapi masih tak faham...atau mungkin tak peduli? Atau mungkin memang dia tak dengar suara Mama kot *bersangka baik*.

Tapi...tak kan tak leh fikir sendiri, dah lewat malam, orang nak tidur dah, perlahankan lah TV tu. Mentang mentang anaknya boleh tidur dengan bunyi TV, jangan lah anggap anak orang lain pun camtu. Si Faris cakap "terkejut Faris tu bunyi TV tu" pun buat tak peduli je! Haishhh!

Lagi satu yang tak berapa best, dibiarkan je anaknya datang kacau kacau kat tempat kitorang. Budak tu datang buka tutup pintu almari, datang jerit jerit kat Mama &  Faris dan ntah apa lagi ntah. Geram juga rasa, tapi Mama tak marah anaknya tu. Biasalah budak budak kan, mana boleh duduk diam. Si kembar 3 ni pun jenis lasak juga. So bab tu Mama faham.

Tadi masa si Fahmi dan Fauzi datang melawat Faris, diorang bising gak. Biasalah budak budak ni, berebut game kat handphone neneknya. Tiba tiba datang budak sebelah tu, jerit jerit marah dan pukul Fauzi. Dan...siap pukul pukul mak mertua Mama juga! Mak budak tu? Setakat dok jerit panggil balik ke katil je. Tak datang pun tengok anaknya buat apa!

Itu yang Mama tak faham, kenapa mak pak nya biarkan je? Takat dok tegur dan panggil panggil je anaknya tu. Pastu dok duduk senyap senyap kat katil. Tak patut lah camtu kan? Kalau dah anak asyik dok ulang alik ke katil orang sebelah, patutnya ko datang angkat lah anak tu balik ke katil sendiri. Jangan takat dok panggil panggil je kan?

Nak ditegur 'direct' kang ada yang sentap plak. Dah laa nak kena 'berjiran' selama beberapa hari, tak syioklah kalau ada yang masam masam muka kang. Ishhh serba salah jadinya tau. Harap harap cepat lah boleh keluar wad, memang boleh stress jadinya kalau banyak hari kat sini huhuhu...

Hmm...kalau kena masuk wad, silalah ingat adab adab berkongsi bilik ye. Hormatilah 'privacy' dan fikirkan juga tentang keselesaan jiran katil sebelah ye. Pesanan kepada diri sendiri juga ni :-)

Labels: