Sedihnya Bila Kehilangan....

Salam dears,
Mama nak kongsi satu kisah sedih ni. Setelah bertahun tahun bersama, namun terpaksa berpisah juga. Akhirnya...kehilangan benda yang Mama sangat sayang...

Kesayangan ku tinggal sebelah je...huwaaaaa *nanges*

Tak tahu nak gambarkan betapa sedih dan kecewanya Mama rasa tau! Sebab itulah kasut kesayangan, kasut paling mahal, paling selesa...dan ada 'sentimental value' sebab beli guna duit bonus. Serius sedih! *nangis berjurai jurai air mata*

Mama ni bukan jenis beli pakaian dan kasut yang mahal mahal atau branded. Itu lah satu satunya kasut mahal yang Mama ada. Jenama Scholl. Kalau tak silap, harganya RM280 selepas diskaun. Ingat lagi, rasa berbelah bagi dan terketaq ketaq tangan nak membayarnya masa tu.

Mama beli kasut tu 2 tahun yang lalu. Boleh beli tu pun sebab dapat bonus. Dan masa tu nak cari kasut yang bertumit tinggi skit yang ada 'arch support' sebab Mama baca orang yang ada sakit belakang ni kalau nak beli kasut tumit tinggi elok cari yang camtu.

Sejak beli, memang itulah kasut kesayangan yang akan dipakai kemana mana majlis. Betul betul 'kalah membeli, menang memakai' sebab sangat selesa dan tahan lasak. Dah 2 tahun pulun pakai pun masih elok. Memang berbaloi beli. Tu yang buat Mama lagi sayang kasut tu.

Masa nak pakai pergi majlis hujung minggu lepas, cari cari kasut tu tinggal sebelah je, lagi sebelah ntah dimana! Tak tahu lah macam mana boleh hilang. Mungkin terjatuh kot. Sebabnya kasut tu Mama tinggalkan dalam kereta je, supaya senang nak dipakai kalau tiba tiba perlu. Kot kot terjatuh masa pi cuci kereta kat kedai ke, tak tahu lah. Yang pastinya, dah tunggang tterbalik cari dalam kereta dan kat rumah, tak ada! Sedihnya hati ku ini *sob*sob*

Hmm pasal hilang kasut pun nak sedih? Opkos lah! Kasut tu paling selesa, nak beli ganti mahal oiii. Dah laa kaki Mama ni size kaki anak gajah, bukan senang nak cari kasut yang betul betul selesa camtu. 

Adoi laa...dok terbayang bayang lagi sebelah kasut tu yang ntah dimana. Rindu kot... Hmm korang tak pernah ke rasa sedih camni bila hilang barang kesayangan korang?