Pernah Guna Beg Plastik Khas Untuk Buang Lampin?

Salam dears,
Masa masuk wad hari tu, jiran katil sebelah ada anak kecil yang masih pakai lampin (pampers). Dia guna jenis yang pakai buang. Bila dibuang pampers yang 'berisi' kat dalam tong sampah, bau memang 'harum semerbak' lah kan. 

Mama ni dah lama tak bau 'haruman' camtu, tahan nafas gak lah jadinya. Maklumlah anak anak dah besar kan. Padahal masa si kembar ni kecil dulu, dah naik lali dengan bau pampers. Boleh selamba je hidu macam perfume hahaha

Anyways, dari situ Mama teringat lah yang masa si kembar ni masih pakai pampers dulu, tiap kali kitorang keluar ke mana mana mesti akan bawa beg plastik untuk buang pampers. Bila masuk wad pun akan masukkan dan ikat dalam plastik dulu, baru buang dalam tong sampah. 

Seboleh bolehnya kitorang akan guna beg plastik yang memang dibuat khas untuk buang pampers. Dulu dulu Mama beli yang jenama Munchkin. Beg plastiknya ada bau wangi skit dan 'biodegradable'. 

Harga dah tak ingat sangat dah, rasa rasa dalam RM30 kot satu roll tu. Beli kat kedai barangan bayi je. Sekarang ni tak tahu lah ada lagi ke tak dan berapa harganya. Mungkin jenama lain pun dah ada kot? Aii tak pasti, dah lama tak dak baby hehe ;-)


 
 Pics dari Google

Kalau tengok harga rasa macam mahal gak kan, setakat nak buat buang pampers ja. Tapi Mama ni jenis yang seganlah nak campak pampers busuk macam tu saja. Tambah plak bila pergi berjalan kat rumah orang. Sian kat tuan rumah nak kena mengadap bau busuk bahan buangan anak anak kita kan?

Buatnya tuan rumah tu jenis yang beberapa hari sekali baru buang sampah, mau menyengat hidung baunya kang hehe. Memang ada tuan rumah yang tak kisah, tapi kita sebagai tetamu ni kena lah beringat juga benda benda camni kan? 

Anyways, just sharing. Kot kot ada parents yang tak tahu tentang kewujudan beg plastik ni :-)

Labels: ,