Niat Lain, Buat Lain

Salam dears,
Asalnya niat dihati nak update blog, nak cerita tentang trip kitorang ke Petrosains baru baru ni. Jadi Mama suruh si kembar tidur sendiri. Walaupun si Faris pujuk pujuk minta temankan, Mama buat kering je *kejam*. Sebab masa tu semangat nak edit gambar dan update blog masih membara.

Tapi sebaik saja buka Blogger, ternampak tajuk entry kawan kawan yang buat Mama nak baca. Dari satu blog ke satu blog Mama singgah. Ada yang sedih, ada yang Mama baca skit skit je, dan ada yang buat rasa nak gelak guling guling. Ada yang Mama tinggalkan komen, ada yang tidak. Macam syiok plak sesekali dapat duduk sorang sorang dan baca macam macam kisah dan perkongsian daripada bloggers lain. Sampaikan tak sedar jam dah dekat kul 12 malam!

Adoyaiii...ini lah jadinya bila tak tetapkan hati untuk ikut apa yang dirancangkan. Niat lain, buat lain. Sudahnya...hmm...esok je lah Mama update cerita pasal pergi Petrosains tu yer. Kalau tak esok, lusa...kalau tak lusa? Tungguuu je lah hehehe

Hmm...dalam kehidupan seharian mesti ada je jadi camni kan? Tak kira lah masa kerja kat ofis ke, masa keluar shopping ke atau masa duduk bersantai kat rumah. Niat lain, buat lain. 

Malam sebelum tidur, dah buat 'checklist' dalam kepala, apa kerja yang nak disiapkan kat ofis esok. Tapi kadang tu tak sempat nak mulakan kerja pun, dah ada tugasan lain yang lebih penting dan perlu disiapkan lebih cepat. Habis berterabur plan asal. Sudahnya kadang kadang tu, semua kerja tertunggak terus kekal dalam senarai kerja tertunggak, dan siap tambah lagi tugasan lain juga dalam senarai tu, betul tak? 

Dalam perjalanan balik dari kerja pun dah rancang siap siap, sampai rumah nanti nak buat apa. Kununnya nak basuh kain baju dan kemas rumah sikit skit. Dan nak duduk borak borak dengan anak anak. Tapi...belum sempat nak jejak kaki dalam rumah, anak anak dah minta nak makan itu ini. Jadi masuk ke dapur buatkan dulu.

Pastu Mama nya baru je nak start iron baju, anak anak pakat bergaduh sesama sendiri plak dah. So terpaksalah masuk campur jadi pengadil nak leraikan pergaduhan. Ataupun terus jadi raksaksa gorgon tempik 3 blok pun dengar hehe. 

Pastu dah pakat menangis plak masing masing. Sian punya pasal...ambil masa untuk pujuk pula sambil bagi ceramah seround dua. Sedar sedar, dah pukul 10.30 malam...masa untuk tidur! Haishhh...ke mana perginya masa untuk buat plan asal tadi tu?

Kadang kadang rasa macam alahai...teruknya aku ni, tak pandai manage masa. Tapi kadang tu rasa....nak buat macam mana, sebab sentiasa ada gangguan yang merosakkan plan. Pening kan camni? Korang buat camna untuk pastikan dapat buat seperti yang dirancang? Ke korang pun macam Mama, selalu je plan kelaut? hehehe

Labels: