Nasi Tomato Mudah

Salam dears,
Hari ni Mama rasa malas sangat nak masak (selalu pun malas gak hehe), jadi plan nak masak nasi lemak je untuk makan tengah hari. Tapi halia dah habis laa plak. Kalau tak letak halia, tak sedap lah nasi lemak kan?

Dalam dok mencari halia tu, terjumpalah peket perencah Nasi Tomato yang ntah bila Mama beli, Mama sendiri dah tak ingat. Alang alang dah ada perencah tu, terus tukar plan....masak Nasi Tomato je lah. Lagipun tengah malas ni masak benda guna perencah siap camni memang elok sangat sangat lah hehe

Kakak ipar Mama yang perkenalkan perencah ni kat Mama. Serius senang yang amat nak masak Nasi Tomato guna ni. 

Dah siap potong peket perencah semua, baru sedar beras Basmathi plak tak ada. Adoi laaa...peket dah gunting, tak kan nak simpan balik? So masak je laa Nasi Tomato dengan beras biasa.

Mama ikut cara kakak ipar masak. Masukkan je perencah bersama beras dan air, masak dalam rice cooker elektrik. Pastu tumiskan bahan tumis dalam kuali lain, orang kata 'tumis darat'.
Bila nasi dah mendidih, masukkan je bahan tumis tadi

Nasi tomato yang tak berapa cantik sebab guna beras biasa je hehe

Walaupun nampak tak cantik, tapi sedap! Rasanya kena dengan selera kami sekeluarga. Si kembar ni makan bertambah tambah. Siap puji Mama lagi tau. Si Faris lepas sudah makan tu dengan bahagianya cakap "sedapnya makanan hari ni, Faris suka Mama masak, sedap!".

Alahai...gumbira rasa bila anak anak puas makan, berbaloi masak. Walaupun masak guna perencah je, tetap kira air tangan Mama gak kan? Tetap dikira memasak untuk keluarga gak kan? Ok la tu untuk orang yang malas masak macam Mama ni hehehe

Errr...gambar lauk pauk tak ada ye, sebab goreng ayam je tadi. Dah kata dah...malas! Hahaha ;-)

Labels: