Nak Belajar Bahasa Mandarin Secara PERCUMA?

Salam dears,
Beruntung kan sesiapa yang mampu menguasai lebih daripada satu bahasa? Sebab dalam apa apa urusan pun, kita pasti akan menggunakan bahasa untuk berkomunikasi. Jadi bila kita mampu menguasai bahasa selain daripada bahasa ibunda kita, tentulah ianya jadi satu kelebihan sebab senang lah nak berkomunikasi dengan bangsa atau kaum lain, betul tak? Tambahan pula Bahasa Mandarin, yang banyak digunakan dalam bidang perniagaan dan pekerjaan di Malaysia ni kan? 

Mama dah lama teringin nak belajar Bahasa Mandarin, tapi belum berpeluang. Kekangan masa dan kewangan...alasan biasalah tu hehe ;-) Sebab tu lah bila Mama dapat tahu yang Kunkwan Training Centre di Johor Bahru ni ada sediakan satu kelas percuma untuk belajar Bahasa Mandarin, Mama rasa  ehhh ini mesti nak kena cerita kat blog ni! 

Iyaaa...setiap Sabtu dari jam 2.30 petang hingga 3.30 petang, Kunkwan mengadakan program 'Super Saturday' iaitu program latihan yang diberikan secara percuma untuk mengajar asas Bahasa Mandarin kepada orang yang Bahasa Mandarin ni bukanlah bahasa ibundanya. 

Ehhh senang cakap, orang yang tak biasa berkomunikasi menggunakan Bahasa Mandarin lah tu. Ohh ya...kehadiran ke program ni terhad kepada satu sesi sahaja untuk setiap peserta ye. Baru lah lebih ramai berpeluang nak menyertainya kan :-)

Sesiapa sahaja boleh sertai program ‘Super Saturday’ ni tau

Yang bestnya kat Kunkwan ni ialah progamnya menggunakan sistem pembelajaran yang interaktif dan semua tenaga pengajar adalah professional dan mahir mengajar Bahasa Mandarin sebagai bahasa kedua. Pastu, tempatnya pun cantik dan selesa. Meh nak tayang skit gambar dalam Kunkwan Training Centre tu, bagi korang teruja hehehe...

Haaa penuh kelas tu :-)

Ada hidangan ringan juga untuk peserta

Kunkwan juga ada sediakan  biasiswa untuk belajar disana tau. Jadi korang yang duduk di Johor Bahru tu, pergilah sertai program ‘Super Saturday’ tu. Peluang untuk menambah ilmu secara percuma ni, rugi laa kalau tak ambil peluang ni kan? Kalau Mama ada kat sana, konpem aii nak join. Jelesss aii tau ;-)

Maklumat lanjut, korang boleh dapatkan daripada:

Program ‘Super Saturday’
Tarikh & masa: Sabtu, 2.30 – 3.30 petang 
(terhad 1 sesi sahaja untuk setiap peserta)

Kunkwan International Mandarin Training Centre
(Behind AEON Tebrau City)
lock E02-01 to E02-07, Jalan Harmonium 24/2,
Taman Desa Tebrau, 81100 Johor Bahru, Johor.

Contact : 1700-816-861 
Fax : +607-351 2982
Email : msia@kunkwan.com
Website : www.kunkwan.com
Facebook : Kunkwan 
Instagram : Kunkwan_msia

Labels: