Murahnya Pelan Simpanan Pendidikan dan Takaful SSPN-i Plus Ni!

Salam dears,
Sebaik saja dapat tahu bahawa Mama mengandungkan kembar tiga, salah satu perkara utama yang terlintas difikiran ialah kos pendidikan anak anak. Serius, masa doktor bagitau bakal dapat anak kembar 3, automatik terus terfikir banyaknya laa belanja bila anak anak nak masuk universiti nanti. Jauh sampai ke situ Mama fikir hehehe. 

Mana tak nya, zaman Mama belajar dulu pun yuran dah berbelas, berpuluh ribu...bila sampai giliran anak anak nanti tentulah jauh lebih tinggi. Senak perut tengok kos yuran pengajian tinggi sekarang. Lagi 10 tahun mesti lagi mahal kan? Aii ada 3 orang anak hoihhh *lap peluh*

Asalnya niat nak mulakan tabungan atau simpanan pendidikan untuk si kembar 3 ni sejak diorang masih bayi. Tapi...disebabkan perbelanjaan lain pada masa tu banyak sangat, tak cukup bajet nak menabung huhu. Ye lah masa tu kos pampers, susu, dan keluar masuk hospital pun kerap jadi memang duit banyak habis ke situ je. 

Masa tu survey survey juga harga skim insurans yang ada tabungan,  tapi kebanyakannya minimum RM50. Rasa agak berat juga, sebab 3 orang sekaligus kan. Tapi Alhamdulillah, sejak tahun lepas Mama Ayah ada rezeki lebih sikit dan dah pun beli skim insurans yang ada simpanan untuk diorang :-)

Dan sekarang ni, Mama nak tambahkan lagi tabungan pendidikan untuk si kembar ni melalui Skim Simpanan SSPN-i Plus yang diuruskan oleh PTPTN. Kenapa nak buka akaun baru, tak tambah atau 'top-up' saja insurans sedia ada? Sebab SSPN-i Plus ni ada banyak kelebihannya berbanding yang lain...

Klik kat gambar untuk besarkan gambar ye

Bab pelepasan cukai tu buat Ayah teruja. Tiap tiap bulan gaji kena potong sebab bayar cukai, bila ada cara nak dapatkan balik sikit duit cukai tu, mestilah nak kan? Simpanan untuk anak dapat, perlindungan takaful dapat, pelepasan cukai pun dapat. Best best ;-)

Klik kat gambar untuk besarkan gambar ye. 
Bila dibandingkan dengan produk kewangan yang lain, SSPN-i Plus banyak kelebihannya.

Sebenarnya Mama pun baru je dapat tahu tentang SSPN-i Plus ni masa hadiri 'Hi-Tea PTPTN Bersama Blogger' Ahad lepas. Sebelum ni kalau sebut PTPTN asyik ingat hutang pinjaman je hehehe. 

Sekarang bila dah tahu, rasa alahai ruginyalah kalau tak daftar. Sebab dengan komitmen bulanan serendah RM30 saja seorang, dah boleh ada tabungan pendidikan dan juga perlindungan takaful. 


Hi-Tea PTPTN Bersama Blogger, banyak ilmu yang Mama dapat :-)

Hmm kalau sekali keluar makan makan, tengok wayang, jalan jalan hujung minggu pun dah belanja lebih daripada tu. Lebih baik duit tu digunakan sebagai tabungan masa hadapan, daripada dihabiskan begitu saja, betul tak?  ;-)

Ohh yaa SSPN-i Plus ni ada beberapa pakej sebenarnya. RM30 tu yang paling murah, yang paling mahal RM500 sebulan. Jadi boleh pilih ikut kemampuan dan kemahuan masing masing. Bagi Mama, bila nak menabung dalam skim macam ni, yang penting ialah jumlah simpanan / komitmen bulanan tu tak membebankan. Sebab nak pastikan yang kita akan mampu bayar setiap bulan. 

Biarlah tabungan tu sikit, janji ada....daripada tak ada langsung kan? Lagipun, bak kata pepatah Melayu "sikit sikit lama lama jadi bukit". So sila tanya akal (akal kata yaaa tak rugi menabung!), pastu tepuk poket tanya kemampuan dan mula laa menabung...



Diantara pakej yang ada

Kalau korang nak tahu maklumat lanjut, pergi je ke link ni SSPN-i Plus. Nak join, boleh register online kat situ, ikut je arahan yang ada. Mudah. Kalau ada soalan apa apa nak tanya Mama pun boleh, e-mail ke mamakembartiga@gmail.com. InsyaAllah Mama akan tolong setakat yang mampu. Sebab 'sharing is caring' gitu, benda baik kita kena lah hebahkan, ye tak? :-)


Labels: , , ,