Lip Scrub Purebysafiyyahosman Yang Sedap!

Salam dears,
Mama ada masalah bibir mudah kering dan merekah. Mama banyak minum air, tapi tak tahulah kenapa bibir tetap mudah kering. Tambahan plak musim panas gini, kejap kejap kena sapu lipbalm. Kalau tak, boleh merekah sampai luka. Sakit oiii! Pastu bila pakai lipstik, nampak macam berkeping keping...tak cantik lah kan...

Baru baru ni Mama cuba skrub bibir 'Lip Scrub Homemade Kiss Me' dari Purebysafiyyahosman. Sebab katanya boleh menanggalkan sel kulit mati, melembapkan bibir dan mencerahkan bibir yang hitam akibat tabiat merokok atau penggunaan lipstick. 



Mama sukaaa sangat lip scrub ni sebab tak kasar dan tak menyakitkan. Bibir lembut ja lepas tu. Rasa skrub tu pun memang sedap! Dah kat botol tu tulis suh jilat je lebihan skrub tu, Mama pun buat lah. Rasa masam masam manis, sedap hoihhh! Nasib baik tak habis sebotol tu aii telan hahaha

Jangan risau, scrub ni selamat dimakan. Malah, semua produk Purebysafiyyahosman ni adalah selamat sebab dibuat menggunakan bahan-bahan semulajadi dan essential oils, tiada bahan pengawet (produk hanya tahan 6-12 bulan selepas dibuka) dan tiada pewarna atau pewangi tiruan, warna dan wangian semua datangnya daripada bahan-bahan yang digunakan.


Setelah beberapa kali guna lip scrub ni, terasa ada perbezaannya. Kalau dulu lepas mandi je Mama mesti terus cari lipbalm dan sapukan ke bibir sebab rasa kering, sekarang ni boleh relek relek pakai baju, tepek krim muka & bedak semua, baru pakai lipbalm. Sebab bibir rasa lembut dan selesa je.

Selain daripada lip scrub, Mama juga dah cuba 'Foot Soak' dan 'Susa Detox Body Scrub'. Asalnya nak cuba sebab terpikat dengan packaging yang simple dan nampak bersih tu, sesuai dengan namanya 'Pure' kan? Tapi lepas dah cuba, terus suka dan nak guna lagi dan lagi dan lagi...


Susa Detox Body Scrub Purebysafiyyahosman ni ada 3 jenis - Chamomile, Lavender dan Choco Honey. Tapi Mama pilih Chamomile sebab ianya sesuai untuk mengurangkan stress. Dan hasilnya, aii like! Lain daripada skrub badan yang Mama pernah guna sebelum ni. 

Mama suka sebab butir butir skrub tu memang terasa. Ada sesetengah skrub halus sangat, tak syiok. Tapi yang ni best, terasa macam keluar semua kotoran dan daki kat badan. Pastu langsung tak mengeringkan atau buat kulit rasa gatal. Kulit rasa sedikit berminyak sebab ada minyak zaitun dan 'essential oils'. Bukanlah berminyak melekit lekit, tapi berminyak yang licin lembut halus mulus gitu. 



Dan...kulit terasa macam cerah skit. Tak tahu lah kalau bawah lampu nampak cerah, tapi serius rasa "ehhh gebu jugak kulit aku ni" muahahaha! Bukan putih tau, tapi cerah. Ishhh tak tahu lah nak cerita, korang kena cuba sendiri baru tau camna.

Bau Chamomile skrub tu pun 'soft' je, tak terlalu kuat tapi lepas mandi masih ada lekat skit skit baunya kat kulit. Omputih kata 'lingering smell' gitu hehe. Mama tak suka bau yang kuat sangat, boleh pening kepala. Tapi yang ni sedang elok, lembut dan menenangkan. 

Hmm lepas ni nak cuba body scrub yang Choco Honey plak. Dengar kata baunya sedap dan menggoda. Hmm kang tengah mandi terasa nak makan plak skrub coklat tu, payah plak kang hehehe




Lagi satu benda yang Mama dah cuba ialah 'Foot Soak'. Mula mula guna Mama rasa macam lenguh berdenyut denyut kaki. Tapi lepas tu rasa tu hilang, malah rasa selesa je. Syok je rendamkan kaki dalam air suam dan foot soak ni, sampai tak sedar dah 15 minit tak angkat kaki keluar lagi hehe. Lepas lap lap kaki, boleh rasa kulit lembut skit. Bagus untuk hilangkan bau busuk kaki gak ni.

Harga? Jangan risau, InsyaAllah mampu milik. Yang lip scrub tu RM19 saja tau, murah kan? Yang lain pun harga puluh puluh ja setiap satu, tak sampai ratus ratus punyalah. Kalau korang nak tahu lebih lanjut tentang produk Purebysafiyyahosman ni, contact je Hernie di Whatsapp 0138509140. Boleh juga skodeng kat Instagram MyHumbleSanctuary. 


Purebysafiyyahosman yang best! Banyak lagi produknya, sila tengok kat Instagram MyHumbleSanctuary

Selamat mencuba dan mencantikkan diri anda! Errr lip scrub yang sedap tu untuk scrub bagi bibir cantik ye, bukan untuk makan macam gula gula hokey! Pesanan kepada diri sendiri ni hahaha ;-)

Labels: ,