Latih Anak Membaca Guna Komik?

Salam dears,
Si kembar 3 ni dah darjah 2, tapi diorang belum cekap membaca. Bukan tak pandai baca langsung, cuma masih 'merangkak rangkak' lagi. Cikgu diorang pesan suruh rajin rajin laa latih membaca dirumah, satu mukasurat sehari pun tak apa asalkan konsisten.

Budak bertiga ni memang suka buku, dari kecil lagi Mama dah biasakan diorang dengan buku. Cuma, diorang lebih banyak membelek gambar daripada membaca apa yang ditulis. Bila Mama cuba untuk buat seperti yang cikgu suruh, ada masanya terpaksa jadi 'raksaksa gorgon' juga lah nak memaksa budak 3 orang membaca. Kadang kadang, disebabkan Mama ajar sorang demi sorang, sementara nak habiskan giliran 3 orang tu boleh sampai rasa nak 'give up' juga lah huhuhu

Jadi, Mama cuba cari cara baru. Memandangkan diorang nampaknya suka komik, Mama bawa diorang ke kedai buku untuk pilih sendiri komik mana yang diorang nak. Tapi dengan syarat, setiap hari mesti baca komik tu kuat kuat bagi Mama dengar. Tak boleh baca dalam hati saja. Masing masing pun "ok Mama, kita janji". Alhamdulillah setakat ni, bila Mama suruh diorang bacakan komik tu untuk Mama, diorang tak banyak songeh.


Hmm...mungkin ada yang tak setuju sangat bagi anak anak baca komik. Sebab komik ada yang ceritanya mengarut dan ganas lawan lawan. Tapi bagi Mama, pilihlah komik yang sesuai. Sebelum beli tengok dulu isi kandungannya, pilih yang gunakan bahasa dan ejaan yang betul. Juga tulisan yang cukup besar dan senang dibaca. 

Mama rasa tak kisahlah anak anak nak baca komik ke buku cerita ke buku pendidikan ke, asalkan diorang nak membaca. Daripada langsung tak nak, sekurang kurangnya dapat juga pupuk minat membaca tu kan? Apa pendapat korang?

Labels: , ,