Kumpulan Nasyid Terbaru Ke Ni?

Salam dears,
Beberapa minggu lepas si kembar belajar lagu nasyid kat sekolah agama. Sejak tu diorang suka dok ulang ulang nyanyi, sedap plak tu. Well, kat telinga Mama lah sedap, anak anak sendiri nyanyi kan...I might be biased hehe. Cuba korang tengok video ni, ok tak? Boleh jadi kumpulan nasyid tak ni? 

Sedap tak? :-)

Masa zaman sekolah rendah dulu, Mama selalu juga join kumpulan nasyid. Masuk pertandingan antara sekolah pun ada. Bila di ingat ingat balik, seronok juga dapat join aktiviti camtu dengan kawan kawan sekolah dulu. Jadi kenangan manis gitu :-) 

Si kembar 3 ni tak tahu lah akan join aktiviti camtu juga ke tak. Kalau iya, bagus juga. Kalau tiga tiga orang masuk, tak payah cikgu pening kepala nak cari budak ramai ramai suh join, diorang pun dah ramai hehehe. Tapi...siapa diantara diorang bertiga ni yang suaranya cukup power...cukup merdu untuk jadi tekong (ketua) kumpulan nasyid? Hmmm....kena buat uji bakat dulu ni hehehe

Labels: ,