Jangan Jadi Macam Ni...

Salam dears,
Korang setuju tak dengan kata-kata ni....


Bukan semua orang yang perangainya macam tu. Tapi tak dinafikan, ada je yang suka berlagak macam diorang tahu segala galanya tentang orang lain. Lepas tu bawa mulut cerita yang bukan bukan, betul tak? 

Tak tahu cerita sebenar tentang kehidupan seseorang, dibuatnya tanggapan sendiri...buat spekulasi. Bila dia rasa dah tahu sikit sikit ceritanya, ditokok tambah plak 'perisa'. Dan bila dah tahu kisah sebenar, bukan nak ubah persepsi atau betulkan cerita tapi dibenci atau dengki plak dengan orang tu. 

Lagi teruk, kalau jenis yang bercerita untuk melaga lagakan orang lain. Hadoi laa... Bak pepatah Melayu "kerana mulut badan binasa". Boleh putus sahabat, porak peranda keluarga dan macam macam lagi lah. 

Jadi lebih baik diam daripada buat spekulasi atau bawa mulut bercerita tentang perkara yang kita sendiri tak tahu betul atau tidak kan? Hmm mintak dijauhkan lah diri kita daripada jadi macam tu dan daripada orang orang yang berperangai macam tu. Amin...

Labels: