Bila Bos Suruh Kerja Lewat Sila Bagi Jawapan Ni...

Salam dears,
Mama terjumpa ni kat Facebook Pinky Quote dan nak share kat sini sebab Mama setuju! Nahhh bagi tips kat korang apa nak jawab kat boss bila kena pertikai kenapa selalu balik 'on-time'. Ada berani? hehehe ;-)



Betul kan? Kerja memang tak kan pernah habis. Yup, ada kalanya ada kerja penting dan 'urgent' yang perlu disiapkan, terpaksa lah balik lewat. Tapi tak kan nak tiap tiap hari 'stayback' kot? Anak/bini/laki/mak/bapak/adik beradik kat rumah tu apa cer ye dak?


Sangat sangat setuju! Kerja boleh dicari ganti, tapi keluarga tidak!. Bukan semua orang faham kata kata ni, yang saja buat buat tak faham pun ada kan, kan? Terutamanya bos bos yang hanya tahu mengarah ja. Bos ye, bukan pemimpin. Nak tahu apa bezanya baca kat SINI. Hmm untunglah sesiapa yang dapat pemimpin atau 'leader' yang memahami :-)


Nak dapat boss yang akan 'stayback' dan sama sama tolong buat kerja kita tu bukan mudah. Boss yang 'stayback' untuk tunggu kita siapkan kerja je tak dak makna lah kan?

Kerja perlu ada hadnya. Jangan sampai kerja anda jadi seluruh hidup anda!


Errr...mungkin ada betulnya, mungkin tidak. Tapi setakat yang Mama perhatikan sejak dari Mama mula bekerja, ofismate yang selalu habiskan masa kat ofis, balik lewat malam, hari cuti pun suka pi ofis, adalah mereka yang belum berkahwin atau tak ramai kawan. Kawan yang dalam erti kata kawan sebenar ye, bukan setakat ofismate atau kawan di Facebook saja hehe

Robot pun ada 'downtime' dan boleh rosak kan? Inikan pula manusia...

Ada berani? ;-)

Pendapat Mama, kalau korang dapat bekerja dibawah seorang 'leader' dan di tempat kerja yang 'flexible', yang memahami tentang tanggungjawab keluarga korang, walau gaji tak banyak mana tapi teruskanlah bekerja kat situ selama yang boleh. Tapi pastikan tempat kerja tu 'stable' dan ada masa depan lah ye hehe

Sebab itu lebih penting daripada wang ringgit. Yup, memang perlu wang untuk sara kehidupan keluarga, tapi...kalau asyik balik kerja lewat sampai nak sembang sembang dengan ahli keluarga pun tak sempat, apa makna? Kenalah seimbangkan. 

Macam Mama ni, seboleh bolehnya akan elakkan balik lewat. Terutama waktu hari sekolah. Sebab kesian kat si kembar, kang nak balik buat 'homework' lagi. Kalau tidur lewat sian diorang mengantuk kat sekolah esoknya. Kalau masa cuti sekolah tu, Mama ok gak lah nak balik lewat skit. 

Tapi tu pun kalau memang terpaksa je. Sebab si kembar ni selalu akan buat perangai & meragam kalau Mama Ayah balik lewat. Agaknya sebab lama menunggu kat taska kan, sian diorang. 

Apa yang Mama buat ialah malam tu Mama mesti akan tidur dengan diorang. Dah seharian berjauhan, sekurang kurangnya malam semasa tidur diorang tahu Mama ada disisi. Pastu, hujung minggu Sabtu Ahad Mama cuba luangkan masa bawa diorang jalan jalan. Gembirakan diorang. Biar apa masa yang ada bersama tu, jadi 'quality time' gitu, betul tak? :-)

Labels: