Review: Asyik Terkejut Tengok The Jungle Book!

Salam dears,
Semalam Mama sekeluarga dah pergi tengok filem 'The Jungle Book'. Walaupun masa nak pergi tu Mama dok membebel bebel laa juga sebab tiket mahal. Mama beli siap siap tiket 'online', kitorang 5 beranak je tiket dah RM90++. Perghhh peluh tiak gak laa nak membayar tu huhuhu

Tapi sebab anak anak dok mintak nak pergi tengok, dan Mama sendiri pun memang suka cerita 'The Jungle Book' ni, jadi beli lah juga. Dari zaman Mama budak budak dulu memang dah dok layan tengok kartun dan baca buku ceritanya, bila ada filem, mesti lah nak tengok kan? Tapi kan....selepas menonton filem ni, terus rasa berbaloi baloi duit tiket tu. Malah rasa macam nak pergi tengok lagi je...

Bagi Mama, segala galanyalah tentang filem ni best! Gambar cantik, jalan cerita yang menarik, 'visual effects' yang nampak sangat 'real', lakonan yang mantap, semuanya membuatkan Mama sekeluarga tumpukan perhatian dari awal sampai habis filem! Walaupun dah malam (show kul 9 malam), dan si kembar ni sesekali mengadu mengantuk, tapi diorang tetap kusyuk tengok. Memang tak sempat nak terlelap lah, sebab asyik terkejut ja!

Official Trailer

Banyak kali juga lah Mama terkejut terkejut tengok adengan yang mendebarkan dan mencemaskan dalam filem 'The Jungle Book' ni. Asal ada Shere Khan je, boleh meremang bulu roma tau, jahat betul Shere Khan tu. Bila Shere Khan tiba tiba je muncul menerkam Mowgli, perghhh memang aii terkujat terjerit skit gak laa hehe. Buat malu je kat orang sebelah hahaha ;-) 

Si kembar tok sah cakap lah, sama naik terkejut dengan Mama haha. Malah ada masa masanya, siap tutup muka sebab takut ke cemas tak tahu lah. Masa adengan yang ada Kaa si ular besar, si Fauzi tutup muka dengan topi dan Faris plak nak sembunyi celah ketiak Mama terus! Takut kot hahaha! 

Pastu kan masa King Louie, raja monyet yang besar gedabak tu dok kejar Mowgli, fuhhh berdebar dup dap dup dap jantung Mama....dok jerit dalam hati "lari Mowgli, lariiiii!". Bila King Louie tiba tiba terjah Mowgli, kitorang semua terkejut! Si Faris terjerit "hoihhh!" dan sampai nak tergelincir dari tempat duduk dah tau hahahaha! Kalau layan yang versi 3D, ada yang terkejut sampai berterabur popcorn kot! hehehe

Filem ni sesuai sangat untuk bawa budak budak sebab banyak nilai nilai murni yang ada dalam filem ni. Sifat setiakawan, sifat bertanggungjawab, sanggup berkorban demi yang tersayang, kasih sayang yang ikhlas dan tidak berbelah bagi, keberanian untuk menentang kejahatan. Ehh macam macam lagi lah nilai murni yang bagus untuk anak anak tengok dan ambil pengajaran daripadanya. 

Sangat 'sweet' tengok betapa Bagheera, Baloo dan haiwan haiwan sayangkan Mowgli, walaupun berlainan spesis

Bila filem dah habis, si kembar ni tak nak terus keluar. Nak tengok 'ending credits' dan dengar lagu penutupnya. Lagu tu rancak, si kembar siap joget joget sampai habis lagu. Sebelum keluar panggung, si Faris dengan senyuman manis pandang Mama dan kata "terima kasih Mama, cerita ni best lah". Alahai....cair Mama nak ooii. Terus rasa berbaloi setiap sen yang dibayar untuk tengok filem ni. Puas hati sangat bila anak anak seronok kan? :-)

Secara keseluruhannya, Mama memang rekemen korang pergi tengok filem 'The Jungle Book' ni. Mama bagi 4.5/5 bintang! :-)

Kami suka 'The Jungle Book'! :-)

Labels: , ,