Ajar Anak Buat Kerja Rumah Mengikut Umur

Salam dears,
Mama terjumpa ni di Facebook dan nak kongsikan kat sini. Boleh jadi panduan untuk ibubapa dalam melatih anak anak untuk membantu menguruskan kerja rumah. Biarlah bermula dari kecil dengan tugasan yang mudah, tapi latihan tu penting agar anak anak ringan tulang dan rajin membantu bila dah besar nanti kan? 

Kredit kepada UmmuAyyashdotcom







Hmm sebenarnya bila kita ajar anak anak buat kerja rumah ni, bukan sekadar untuk tolong kita je, tapi juga supaya anak tu akan pandai uruskan diri mereka sendiri. Tak perlu terlalu bergantung kepada orang lain. 

Contohnya kalau lelaki yang dah besar panjang, dah kahwin, tapi tak tahu masak nasi guna 'rice cooker', naya laa bila bini tak ada di rumah. Tak kan asyik nak makan kat kedai je kot? Tak tahu seterika baju sendiri, hantar dobi...mahal oii. Jadi, lebih baik lah ajar anak anak sejak kecil supaya diorang boleh berdikari bila besar nanti kan :-)

Labels: ,