Ada Diskaun 50% Untuk Bayar Balik Pinjaman Pelajaran MARA!

Salam dears,
Korang dah tahu ke belum pasal insentif (diskaun) 50% atas baki pinjaman pelajaran MARA ni? Mama baru je dapat tahu, dan nak kongsi kan kat sini kot kot ada diantara korang yang tak tahu juga kan.


Ni sememangnya berita baik untuk sesiapa yang masih ada baki pinjaman pelajaran dengan MARA. Pengurangan sehingga 50% tu! Yang sebelum ni dah dapat pengurangan pun, boleh memohon untuk dapatkan lagi 20% pengurangan, perghhh best! 

Tapi syaratnya kena buat bayaran balik secara sekaligus daripada baki semasa lah. Ni sedikit maklumat tentang siapa yang layak untuk mendapatkan Pemberian Insentif (Diskaun) ni...


Tempoh Pemberian Insentif (Diskaun) adalah mulai 7 April 2016 hingga 31 Disember 2016. Permohonan boleh dibuat secara online di portal MARA http://insentif50.mara.gov.my. Maklumat lanjut tentang syarat permohonan klik SINI dan soal jawab ada kat SINI.

Senang ni, tak perlu susah payah pergi ke pejabat MARA bagai kan? Kalau ada duit untuk selesaikan hutang, elok laa ambil peluang ni. Dapatkan diskaun tu dan bayar habis semua, tak perlu pening pening kepala dah nanti. 

Haa boleh juga guna duit simpanan KWSP untuk buat bayaran, dengan syarat baki akaun 2 KWSP adalah mencukupi dan dapat menampung baki hutang pinjaman pelajaran MARA yang perlu dibayar selepas mendapat Insentif (Diskaun). Tapi tertakluk kepada terma dan syarat KWSP. Tu korang kena pi tanya KWSP lah untuk tahu syarat-syaratnya. Alahh call je tanya, nak seribu daya kan? hehe

Hmm teringat kisah diri sendiri, masa zaman Mama stadi dulu kalau dapat kelulusan gred tertentu boleh dapatkan pengurangan bayaran balik pinjaman. Jadi Mama usaha belajar supaya dapat gred yang bagus. 

Tapi results Mama tak lah cemerlang mana pun, sekadar cukup makan je untuk dapatkan pengurangan tu hehe. Jadilah, sekurang kurangnya tak terbeban sangat dengan hutang belajar. Kalau tak silap Mama, dalam masa setahun dua je dah habis bayar. Fuhhh legaaa sangat!

Ehh kalau korang nak tahu lebih lanjut tentang diskaun 50% ni, boleh hubungi MARA terus ye. Mama tak kerja kat MARA so tak leh nak jawab semua soalan korang kang :-)

Hubungi:
MARA Call Centre
 03-261 32134 / 39093 / 39094 / 32243 / 32247 / 35084 / 35085 / 35086

Bahagian Kawalan Kredit MARA 
03-261 32286 / 32399 / 32131 / 32288 / 32192 / 32133 / 32178

Alamat: Bahagian Kawalan Kredit MARA, Tingkat 3, Ibu Pejabat MARA, 21, Jalan Raja Laut, 50609 Kuala Lumpur

http://insentif50.mara.gov.my/

Labels: