Takut Masuk SMART Tunnel

Salam dears, 
Setiap kali masuk dalam SMART Tunnel, Mama akan cuba untuk alihkan perhatian Mama, supaya tak fikir sangat yang sedang berada dalam terowong. Mama akan samada berzikir, baca Al-Fatihah, tengok Facebook ke, Instagram ke atau surf internet atau apa apa sajalah, asalkan tak payah tengok ke depan. Sebabnya....Mama ni 'claustrophobic' atau takut ruang yang sempit dan tertutup! 

Kalau lalu terowong yang pendek dan boleh nampak cahaya di hujung terowong, Mama ok lagi. Tapi SMART Tunnel tu panjang sangat...rasa macam tak nampak nampak jalan keluarnya. Bila macam tu, Mama mudah rasa panik! Mula lah terbayang runtuhan tutup jalan keluar, kemalangan yang menyebabkan jalan tertutup dan macam macam lagi lah yang boleh menyebabkan terperangkap kat dalam tu! 

Mama bukan sengaja nak fikir tu semua, tapi automatik ketakutan dan rasa panik tu timbul. Sebab tu kena cepat cepat tenangkan diri sendiri dan kawal perasaan. Tak tahu nak terangkan macam mana, tapi orang yang 'claustrophobic' pasti faham kan? Kalau masuk ruang yang sempit atau tertutup je, mula lah rasa 'sesuatu' kan? 

Sumber dari Google.

Mama tak tahu lah samada sejak kecil 'claustrophobic' ni. Tapi dari dulu lagi Mama memang takut naik lif. Nasib baik dah berjaya atasi perasaan tu, kalau tak jenuh juga nak panjat tangga tinggi bila ke mana mana hehe. Macam mana Mama atasi perasaan 'claustrophobic' tu? Haa meh nak cerita...

Masa tingkatan 5 dulu, Mama tinggal di flat tingkat 21. Apa yang Mama buat untuk atasi perasaan takut tu ialah berhenti setiap 5 tingkat bila naik lif. Berhenti dan keluar, pastu masuk balik. Setiap hari sampailah satu hari tu, Mama dah tak takut untuk naik terus tanpa henti sampai ke tingkat 21. Lega :-)

Masa tahun 2014 pula, Mama ikut 'company trip' ke Vietnam. Disana, kami dibawa ke Terowong Cu Chi, terowong yang digunakan semasa zaman perang. Memikirkan itu peluang seumur hidup, dan pemandu pelancong kata akan guna laluan yang paling pendek, Mama pun beranikan diri masuk dalam terowong Cu Chi tu.

Cu Chi Tunnel, Vietnam (pic dari Google)

Tapi...terowong tu sangatlah sempit dan gelap. Dan rasa macam panjanggg tak habis habis. Apa lagi, Mama pun mula lah rasa takut dan nak panik. Untuk atasi perasaan tu, Mama berulang kali berzikir dalam hati dan Mama berborak buat lawak gelak gelak. Walaupun sebenarnya dalam kepala masa tu dah mula terfikir yang bukan bukan, jantung bergedup kencang dup dap dup dap dah, dan rasa nak menjerit! 

Mama siap ambil ubat 'puff' masa dalam terowong tu tau, sebab rasa macam nak semput. Bila keluar daripada terowong tu, rasa lega yang amat sangat! Memang Mama tak akan masuk lagi dah ke terowong camtu, kalau orang bayar beribu suh masuk pun, Mama tak nak masuk dah! 

Sebenarnya, bila naik tren pun Mama ada rasa takut juga. Mama kan pergi kerja naik tren Komuter, dan komuter selalu 'delayed' atau alami gangguan perkhidmatan kan. Dah laa orang sentiasa ramai, sesak macam tin sardin! Biasanya bila tren tiba tiba berhenti, Mama mula nak panik. Nak nak plak kalau berhenti di tengah tengah landasan. 

Bila jadi camtu, Mama mulalah cari jalan nak alihkan perhatian. Mula lah whatsapp kacau kawan kawan ajak borak hehe. Tapi pernah sekali tu, tren 'delay' teruk sangat, asyik berhenti sepanjang jalan sampai dekat sejam kot. Masa tu Mama dah tak dapat nak kawal diri lagi, kalau terus duduk dalam tren, takut ada yang histeria kang! 

Jadi sebaik saja tren berhenti kat stesen Midvalley, Mama terus turun pastu call Ayah suh datang ambil. Paksa Ayah harungi jalan jam dan mai ambik Mama. Ayah pasrah je laa. Sudahnya lewat malam baru sampai rumah...

Hmm walaupun tahap 'claustrophobic' Mama ni tak lah teruk sangat, tapi kadang kadang menggangu juga lah. Tapi, Alhamdulillah setakat ni Mama masih mampu kawal perasaan takut tu. Harap jangan lah bertambah teruk kan. Korang ada tak yang 'claustrophobic' juga macam Mama ni? Kita geng! ;-)

Labels: