Sambal Tempoyak Pun Boleh Pos Tau!

Salam dears,
Sejak pertama kali rasa Sambal Tempoyak Ikan Bilis Petai Kak Laila masa jamuan hari raya di rumah blogger Kak Shuhaida tahun lepas, Mama memang asyik teringat ingat je kesedapan sambal tempoyak tu. Dok ajak Ayah pergi makan kat kedai D'Laila Suppower di MMA Santai Corner, Nilai, tapi tak pergi pergi jugak.

Jadi bila dapat tahu yang sambal tempoyak Kak Laila ni dah dijual secara 'online', opkos la Mama dengan penuh excitednya terus order. Tapi Mama order dari Kak Long Saidila, salah sorang agen sambal tempoyak ni. Haaa hebat kan, sambal tempoyak pun ada agen  dan boleh hantar melalui pos hokeyyy ;-)

Tengah hari semalam bila sambal tempoyak idaman hati ku ni sampai kat opis, tak menyempat nak balik rumah, terus 'seludup' bawa pi makan kat 'food court'. 

Order 2 bekas terus, tamak bin haloba punya kes lah ni hahaha

Bungkusan kemas, tak dak tumpah & tak keluar bau tempoyak. Jadi tak lah semerbak satu opis masa sampai tu. Nasib baik lah...kalau tak ramai plak yang mintak nak kongsi kang hehehe ;-)

Huishhh memang nikmat betul lah sambal tempoyak ni, sekali hadap terus habis setengah bekas! Nasib baik Mama dah order siap siap 2 bekas sebab dah tahu dah mesti tak cukup satu punyalah...bijak kan aii? 

Sambal tempoyak ikan bilis petai, sedappp!

Kalau makan sambal tempoyak ni je dengan nasi pun dah cukup nikmat, tak payah lauk dah. Ofismate Mama plak kata makan dengan roti pun sodap ni...

Ikut sedap mulut nak je makan sampai licin, tapi nasi dah habis. Kalau makan kat rumah, konpem tambah nasi hehe


Haaa korang dah terliur ke tu? Nak order juga? Sila roger Kak Long Saidila... Whatsapp dia di 019-2692067 atau facebook Saidila Abdul RahmanSelamat melantak nasi berpinggan pinggan yer hehehe

Psttt...sila order lebih daripada satu bekas, kalau korang tak nak nangis belakang pintu sebab tak puas makan ;-)

Labels: , ,