Nasib Baik Tak Ada Yang Mengamuk!

Salam dears,
Hari ni Mama cuti. Saja nak rehatkan minda kejap. Lagipun kena habiskan baki cuti yang dibawa dari tahun lepas, sebelum 31 Mac ni.

Seperti biasa Mama kalau cuti nak relax, akan pergi ke panggung tengok wayang. Itu salah satu cara Mama untuk 'getaway' sekejap dari segala realiti dunia ni...ewahhh hehe. Tengok kat rumah, tak sama 'feel' macam tengok kat panggung. 

Dan...Mama lebih suka pi tengok wayang sorang sorang (melainkan tengok filem kartun dengan si kembar hehe). Sebab boleh tumpu perhatian sepenuhnya, tak perlu nak fikir pasal 'orang sebelah', tak perlu kongsi popcorn/air dan paling penting tak ada sesiapa nak tertepuk tertampar Mama bila dia terkejut ka tergelak ke. Mama lebih suka dapat bagi 'full attention' layan cerita yang ditonton tu.

Jadinya...Mama agak 'frust' masa menonton wayang siang tadi bila tiba tiba je filem tu terberhenti! Tengah dok kusyuk layan, tetiba sangkut! Aiyaaa dah laaa dekat dekat part 'ending' plak tu! Arghhh stress je tau huhuhu. Nasib baik lah filem yang Mama tonton tadi bukan filem hindustan. Bayangkan, tengah syok feeling layan Shah Rukh Khan menyanyi menari, tiba tiba terberhenti? Uishhh boleh meroyan oii kalau camtu hahaha

Tengok filem yang tak glamer, mula mula kosong je panggung. Bila dah dekat nak start baru ada lagi 4 orang masuk.

Okeh...sambung cerita. Tadi dah laa filem tiba tiba berhenti, pastu ambil masa agak lama juga lah untuk sambung balik. Menunggu hampir 10 minit! Dah tu, bila filem mula balik, tak disambung daripada adengan kat mana berhenti plak tu. Diorang forward kedepan kedepan, sampai terlepas bahagian yang sepatunya! Arghhhh! 

Tapi...dalam semua tu, yang Mama rasa paling terkilan ialah langsung tak dak staff panggung tu yang bagi penerangan atau minta maaf! Sekurang kurangnya kan...masa dalam proses nak betulkan dan sambung filem tu minta laa maaf, bagitau tengah buat apa dan minta penonton bersabar sementara diorang betulkan. Lepas tu, tunggu laa depan pintu keluar dan minta maaf kat setiap penonton yang keluar kan? 

Hmm nasib baik lah tadi tu bukan filem yang tengah 'hot' dan penonton hanya 5 orang, semua jenis malas nak bising bising. Pakat tengok je sampai habis pastu blah. Termasuklah Mama. Nasib baik tak terkena kat penonton yang panas baran, nasib baik tak ada yang mengamuk kan? 

Tapi...rasa macam nak email aduan kat pihak pengurusan panggung tu. Bukan nak minta 'refund' ka apa kaa...tapi nak minta diorang latih staff diorang cara cara untuk 'handle customer' bila jadi kes macam ni. Sekurang kurangnya minta laa maaf kan, kan? Kitorang bayar tau untuk tengok wayang tu!

Labels: