Bila Anak Minta Nak Kahwin!

Salam dears,
Borak borak dengan si kembar malam tadi...
Fauzi: Mama, nanti kita nak kahwin dengan perempuan boleh?
Mama (sambil mata terbeliak terkejut!): Bila dah besar nanti, dah kerja baru boleh!
Faris: Kita nak ada anak anak. Haaa...Fahmi kan, dia nak ada 2 isteri.
Mama: Huhhhh? Apsal dua???!
Fahmi: Sebab Dini dengan Alia kan..diorang suka kat Fahmi. Alia cakap nak kahwin dengan Fahmi.
Mama: Hoihhh budak kecik mana boleh kahwin! 
Fahmi: Ntah....Alia yang cakap.
Mama: Pi cakap kat Alia, Mama kata tak boleh! (rejek terus ni!)
Mama: Dah dah tak mau cakap pasal kawin dah! Tunggu korang umur 24 baru kahwin..ehhh tunggu umur 25....ehhh 26!


Adoiii pening kepala Mama camni, baru umur 8 tahun dah tanya pasal kahwin? Nasib baik juga tanya nak kahwin dengan perempuan, bukan dot dot dot.... *migrain Mama!*



Budak bertuah tiga orang :-)

Labels: ,