Batman v Superman: Dawn of Justice Tak Sesuai Untuk Kanak-Kanak

Salam dears, 
Kalau korang ada bercadang nak bawa anak anak ke adik adik korang yang masih kecil ke panggung wayang untuk tengok filem 'Batman v Superman: Dawn of Justice', elok korang batalkan je lah niat tu. Sebab bagi Mama, ianya tak sesuai untuk budak budak. Kenapa? 

Jalan cerita 'Batman v Superman' ni agak berat dan meleret leret. Masa diawal filem tu banyak cakap cakap dan Mama sendiri hampir terlelap! Nasib baik lah Superman tu handsome, jadi jegilkan lah juga biji mata nak tengok Superman hehehe ;-)

Pastu kan, jalan ceritanya kejap kejap bertukar dari adengan cerita pasal Batman, ke Superman, pastu cerita pasal Lex Luthor. Ada beberapa adengan Batman bermimpi...pastu Superman plak yang bermimpi. Ehhh pening lah kalau tak tumpukan sepenuh perhatian. 

Kalau si kembar 3 ni lah yang tengok, mesti cepat bosan dan akan mula tak boleh duduk diam dalam panggung punyalah. Atau...mungkin juga terus tertidur. Kalau budak budak tu tertidur takpa gak lah, tapi kalau buat bising? Mau kena marah dengan penonton lain kang...

(pic dari Google)

Hmm yang paling tak syiok, ada satu adengan ni agak kearah 18SX dan tak sesuai ditonton oleh kanak kanak. Adengan dalam bilik air. Lois Lane tengah berendam dalam 'bath tub'...pastu Clark Kent datang borak borak...pastu...err...malas nak cerita. Walaupun tak lah nampak apa pun, tapi...hmm...fikir sendiri lah soalan yang mungkin budak budak tanya atau komen lepas tengok adengan tu. Berpeluh nak menjawab kang hehe

Nak dikatakan filem 'Batman v Superman: Dawn of Justice' ni langsung tak best, tak juga. Dua superheroes yang hebat dalam satu filem, itu sudah cukup sebagai tarikan untuk orang pi tengok filem ni. Da
n bila dah mula adengan aksi lawan lawan tu, best lah. Cuma nak menunggu sampai ke bahagian tu yang letih skit. Bagi Mama lah, bagi korang tak tahu lah kot dari awal sampai habis filem tu korang rasa best giler kan? 

So berbaloi atau tidak tengok filem ni kat panggung wayang? Well, untuk peminat tegar Batman, Superman dan komik 'DC Comics', mungkin rasa berbaloi tonton filem ni. Tapi bagi Mama ni...Batman v Superman v BoBoiBoy The Movie? Saya pilih BoBoiBoy! ;-)

Labels: