Roti Naan Cheese Leleh di RSMY House of Real Beriani

Salam dears,
Ni sambungan cerita "short getaway" masa cuti Raya Cina hari tu. Alang alang dah menginap di Hotel Citrus di KL tu, Mama ajak Ayah bawa anak anak pi makan Roti Naan Cheese kat RSMY House of Real Beriani di Medan Tuanku (kawasan depan Maju Junction). Sebab dah tak jauh sangat dari hotel, 10 minit drive dah sampai.

Dah lama dok teringan nak rasa roti naan cheese leleh yang dikatakan "the best in town" tu. Asyik dok tengok gambar orang lain makan je, tak aci lah kan hehe. Lagipun kitorang memang peminat cheese dan roti naan.

Kitorang sampai ke restoran RSMY House of Real Beriani tu rasanya awal gak, dalam pukul 8.10 malam. Tapi masa tu pun kedai dah ramai orang, hampir penuh semua meja. Mungkin sebab ramai, terpaksa menunggu makanan hampir 30 minit. Hmm roti naan pun memang ambil masa lama skit nak masak kan? Kalau tengah kebulur, jenuh terketaq ketaq gak laa nak menunggu hahaha. Nasib baik sebelum tu kami anak beranak dah alas perut makan biskut dah.

Tapi penantian itu berbaloi sebab roti naan cheese di RSMY tu memang sedap! Ikut tekak Mama lah sedap. Rasanya lain dari roti naan cheese yang Mama pernah makan sebelum ni. Gebu dan lembut je rotinya. Cheese pun lemak dan tak masin. Mungkin sebab guna mozarella cheese kot. Yang Mama biasa makan kat kedai lain, biasanya guna cheddar cheese. Meh nak tayang gambar bagi korang terliur hehehe

Extra Cheese Naan...tengok lah cheese tu! Yummy! (RM8)

Yummy Cheese Naan (RM8). Ada kepingan 'chicken slice' dalam tu. Sedap!

Untuk si kembar, order Cheese Naan biasa je (RM6)

Tarik....jangan tak tarik! Masing masing teruja boleh tarik tinggi camtu hahaha

Teh ais tu sedap!

Ayah siap suruh tapau roti yang si kembar tak dapat habiskan. Ayah jarang tau nak tapau makanan yang tak habis skit je. Jadi kalau takat 2 potong kecil je pun dia nak bawa balik, maknanya memang kena dengan  tekak dia lah tu. 

Haa kat RSMY ni kalau korang order roti naan tapi tak order kuah, memang roti naan je lah yang sampai. Mama pun mula mula tak tahu, tapi bila dah lama roti sampai, kuah tak ada, baru lah paham konsepnya kena order kuah asing. So Mama mintak lah kuah dal. Nasib baik tak kena bayar tambah. Mama tengok harga kuah atau 'side dish' yang lain boleh tahan jugak.
Diantara menu yang ada kat RSMY

Kami 5 beranak makan kena RM42.95. Mahal skit laa kalau nak dibandingkan dengan roti naan yang biasa. Tapi bagi Mama berbaloi lah dengan rasanya. Sekali sekala ok lah kan? :-)

Labels: