Promosi 'Beli 1 Percuma 1' di Shogun2u Memang Best!

Salam dears,
Hari Selasa lepas Mama demam, dapat MC dan duduk rumah je. Letih tak larat nak masak, tengah hari makan roti semata. Jadi bila malam, perut dah berkeroncong sakan, kebuluran! 

Tapi disebabkan tak larat nak masak dan malas nak bersiap siap pergi makan kat luar, Mama decide untuk order je makanan secara online dari Shogun2u.com. Lagipun sekarang ni tengah ada promosi 'Beli 1 Percuma 1' untuk menu makanan Jepun dan Cina, jadi memang berbaloi baloi beli. Penghantaran pun cepat tau. Mama pilih penghantaran pukul 8 malam, tapi dalam pukul 7.30 malam camtu dah sampai, yay!


Selain daripada masakan Cina dan Jepun, ada juga hidangan Korea, Western, Thai, Steamboat dan ehhh...macam macam lagi lah. Korang pergi je lah ke website Shogun2u.com tu dan tengok sendiri lagi senang. Mesti terliur tak tahu nak pilih yang mana satu hehehe


Disebabkan 'beli 1 percuma 1'...haaa tu dia makan besarrr laa jawabnya hehe. Errr yang percuma tu adalah sama dengan apa yang kita order ye, tak boleh pilih yang lain.

Shogun Sushi Pack - RM28.90 satu pack

Sushi ni pilihan Ayah, tengok ada salmon je terus pilih ni hehe. Dia dan si kembar memang suka makan sushi. Selalu beli sushi saiz kecil kecil je. Jadi bila sushi dari Shogun2u ni sampai, Mama terkejut tengok sushinya gemuk gemuk! 

Si kembar tok sah cakap lah, terus teruja nak makan, siap marah Mama lambat sangat dok ambik gambar hehehe. Sorry lah ye, Mamarazzi blogger memang camni, sebelum makan kena snap pic dulu hahaha ;-)

Teruja tengok saiz sushi ni tau hehe

Cashew Nut Chicken Set - RM25.80 satu set

Mama pilih 'meal set' camni sebab ada air tebu dan kek 'Black Forest' sepotong. Disebabkan promosi 'beli 1 percuma 1' tu, kiranya harga jadi hanya RM12.90 je satu set, murah! Portion besar, lauk ayam tu banyak. Memang puas lah makan.

Kek ni sedap!

Siap ada sepotong kecil tebu dan 2 keping karot dalam air tebu ni, sedappp!

Disebabkan beli 1 dapat 1 kan, makanan jadi banyak sampai tak habis makan lah. So simpan dalam peti ais, esoknya panaskan dalam microwave je. Masih sedap! Mama suka bekas yang digunakan untuk set nasi tu sebab boleh masuk microwave, senang nak panaskan tak yah tukar tukar bekas. Sesuai untuk orang yang tak berapa rajin macam aii hahahah

Hmm buat masa sekarang, Shogun2u.com ni cover kawasan di Selangor dan KL saja. Jadi kalau korang nak order, check dulu ye samada diorang boleh buat penghantaran ke kawasan tu atau tidak. Dan jangan lupa daftar sebagai ahli tau, boleh dapat penghantaran percuma! Nak daftar, klik SINI.

Kalau tengah dok order tu tiba tiba rasa blur dan hilang arah, guna je 'live chat' dengan staff diorang. InsyaAllah pantas je dijawab. Macam Mama hari tu, dah syiok sangat order, terlupa nak tukar nombor telefon masa register. Terus taip soalan kat 'live chat' tu dan dalam masa beberapa saat je si Sarah dah jawab, gila pantas! 

Terima kasih Sarah :-)

Ohh yaa makanan dan minuman di Shogun2u ni Halal, cuma masih dalam proses untuk dapatkan sijil Halal dari Jakim je. Sebab Shogun2u ni masih baru juga lah start operasi. Tapi bahan bahan yang digunakan adalah Halal dan ada Chef beragama Islam yang menyediakan hidangan tu. Boleh baca biodata Chef kat SINI. Untuk maklumat lanjut atau apa apa soalan, korang boleh tanya sendiri kat Shogun2u ye.

Website: www.Shogun2u.com
Facebook: https://www.facebook.com/Shogun2U
Instagram: https://www.instagram.com/Shogun2U/
Daftar sebagai ahli, klik SINI


Labels: , ,