Mihun Briyani

Salam dears, 
Waktu lunch semalam, tak tahu nak makan apa. Geng opis semua tak ada. So Mama merayau lah sorang sorang. Tak nak makan nasi, nak sesuatu yang lain.

Pusing pusing dalam Nu Sentral sampai ke tingkat 4, ternampak cafe Kampong Kravers. Singgah tengok menu, ada Mihun Briyani. Wahhh macam best je. Selalu makan nasi briyani, tak pernah lagi rasa mihun briyani.

So Mama order lah satu set, ada mihun, karipap dan air sirap gelas besar. Harga RM9.90, ok lah tak mahal kan?



Bagi Mama, kena dengan tekak Mama. Terasa lah rempah briyani dalam mihun goreng tu. At least ada lah kelainan daripada mihun goreng yang Mama biasa makan. Sambal sedap! Karipap pun ok, besar dan sedap gak. Air sirap tu pun gelas besar, sampai tak habis minum. Yang penting, kenyang! So bagi Mama, boleh laa repeat makan ni lagi nanti. 

Hmm...kebelakangan ni asyik dok post entry pasal makanan je kan? Adoi laa...patut laa baju semua semakin cekci...sendat dah hahahaha ;-)

Labels: