Marah Sangat!

Salam dears,
Hari Jumaat lepas Mama marah sangat kat si Fahmi dan Faris. Sampai diorang tidur dengan mata bengkak dan hidung berhingus lah sebab menangis.

Alkisahnya, ustazah bagi balik duit baki yuran sekolah agama. Kirim melalui budak budak ni je. Si Fahmi dan Faris pun bagi lah kat Mama. Bila tengok resit dan duit baki, Mama hairan kenapa duit tak cukup. Patut baki RM8, tapi ada RM6 je. Bila tanya kat Fahmi, dia kata itu je yang ustazah bagi. Hmm ustazah tersilap bagi ke atau ada duit tercicir?

Pastu Mama belek belek, nampak ada cebisan duit kat tempat duit distapler. Aikkk...ni macam duit kena koyak je ni. Lepas disoal siasat, baru lah Fahmi dan Faris mengaku, diorang dah guna duit untuk beli aiskrim!

Uishhh apa lagi, memang naik hangin laa raksaksa gorgon ni! Tadi tanya, dikatanya banyak tu je yang ustazah bagi. Bila dah kantoi baru nak mengaku? Huhhh memang cari nahas laa jawabnyakan.

Habis tiga tiga orang kena ceramah! "Ni bekas duit kena koyak ni apa? Ni ustazah tulis baki RM8 ni apa? Guna duit orang tak mintak izin sama macam mencuri tau tak? Kamu ingat Mama tak kan tau ke kalau kamu tipu Mama? Ni Mama kamu tau! Kamu tak kan boleh tipu Mama, faham?!". Haaa lebih kurang camtu lah 'ceramah' yang diorang kena dengar berulang ulang kali. Si Fauzi yang tak buat salah pun kena gak hehe.

Dalam dok menangis tu, Fahmi sempat gak kata "kita guna RM2 je beli aiskrim". So Mama tekankan kat dia, tak kira lah sikit ke banyak ke duit yang diguna tu, Mama paling marah ialah sebab tak jujur dan tak amanah!

Nak guna duit ke barang orang lain, mesti minta izin dulu. Walaupun tu duit mak bapak ke adik beradik ka, itu tetap bukan hak kamu! Mesti minta izin dulu! Pastu kalau dari awal bagitau kata beli aiskrim, ok lah, Mama tak lah marah sangat. Tapi ni, boleh plak cuba nak diamkan je. Itu yang buat Mama hangin satu badan!

Hmm harap harap diorang akan ingat sampai bila bila pesanan Mama tu. Moga anak anak Mama akan membesar jadi insan yang jujur dan amanah, Amin.... Terutama kalau ditakdirkan jadi pemimpin, mesti telus, jujur dan amanah. Hak rakyat jangan disalahguna...ehhh macam kelain plak ceritanya ni hehehe ;-)



Labels: ,