Keluarga Paling "Messed Up" di Coffee Société!

Salam dears,
Sebelum cerita panjang, meh nak tayang gambar dulu...inilah 'keluarga' paling comot dan paling sedap yang Mama pernah rasa....

The Messed Up Family @ CoffeeSociété, Publika

Empat sekeluarga tu diberi nama (dari kiri) - 'The Cousin', 'The Pakcik', 'The Son' & 'The Father'. Semua tu korang mesti rasa tau! Nampak macam manis giler kan? Tapi sebenarnya tak, 'just nice' je. 

Dalam picagari tu ada susu, dan korang boleh masukkan sendiri ikut citarasa korang. Mama picit je sampai habis, baru betul lemak berkrim hehe. Okeh...meh nak 'close-up' skit ahli keluarga pilihan hati ku... 

The Cousin - salted caramel with brownies (RM18.90)

Mula mula tak tahu nak start makan/minum macam mana, lepas tu lantak lah...belasah je sampai comot. Tambah plak berebut rebut ngan si kembar, laaagiii lah comot hahaha! Dah namanya pun 'Messed Up' kan ;-)

The Son - nutella with hints of hazelnut awesomeness (RM18.90)
Ada rasa nutella dan hazelnut, ada marshmallow...so korang bayangkan sendiri lah betapa sedapnya The Son nih :-)

The Pakcik - teh tarik (RM18.90)
Okeh...ini bukan teh tarik biasa. Biskut tu buat ada 'feeling old school' tapi ini teh tarik ala hipster. Rasa yang unik dan sedap!

Haaa Mama tahu korang mesti dah kecuq ayaq liuq lah tu, sebab Mama pun rasa macam tu hehe. Dulu asyik tengok kawan kawan post gambar minuman dari 'The Messed Up Family' ni je, sampai rasa macam nak jilat skrin! Jadi bila geng dari Kelab Blogger Ben Ashaari ajak lepak kat CoffeeSociété di Publika hari Ahad lepas, Mama terus kata "okeh set!". 

Kitorang kongsi makan pelbagai hidangan, 'sharing is caring' gitu hehe. Walaupun berkongsi, tapi kenyang hokey...sebab portion hidangan kat CoffeeSociété ni besar gak. Tambah plak dengan minum 'The Messed Up Family' yang lemak berkrim tu, memang penuh lah perut! Ayah kekenyangan sampai tak leh nak bukak mata dah hahaha. Okeh jom layan gambar lagi...

Ceria sungguh warna payung kat luar CoffeeSociété, Publika ni kan :-)

'Best Place for Coffee'

 
Deco dalam CoffeeSociété ni cantik kan?

Melepak bersama sama rakan sebaya ;-) 

Cantik sangat tak sampai hati nak kacau Cappuccino ni hehe (RM10)

Mochatella - nutella, kiub kopi dan susu (RM16.90)

Ceaser Salad with Smoked Salmon (RM21)

Pic ni dicilok dari Syed Alwi sebab Mama tak sempat nak ambil gambar, tengok tengok salad ni dah kena ngap dah! Nasib baik Mama sempat makan gak. Memang sedap! Salad dan salmon tu rasa segar, saladnya 'crunchy'. Dan dressing nya 'light' dan tak terlalu masam ke masin ke. Mama makan ni berulang kali dan...err aii yang habiskan sampai licin yer hehehe ;-)

Spaghetti Carbonara with Chicken Ham, Mushroom & Parmesan (RM25)

Ini korang mesti cuba! Sungguh 'creamy' dan sedappp! Dan portionnya besar tau, boleh kongsi kongsi makan.

 
Haaa siapa suka makan pedas, sila lah order 'Spaghetti Aglio Olio with Smoked Salmon' ni, boleh tahan pedas gak ni (RM25)

Spaghetti Aglio Olio with Australia Beef Tenderloin (RM33). 
Ayah order yang ni, pedas berdesinggg

Quick Seared Lamb Shoulder (RM29).
Ini lagi satu korang mesti cuba. Dagingnya lembut je, sedap!

Pertama kali Mama makan 'Pancake with Beef Bacon' (RM18), tak sangka gabungannya memang serasi bersama.

Berebut rebut si Fauzi ngan Ayah makan hehe

French Toast with Nuttella, Fresh Strawberries & Icecream (RM18)

Awesome Garage Breakfast 2.0 (RM26)

Société's High Tea (RM48). Cheese Cake tu serius sedap! 
(pic dari Ben Ashaari)

Ohhh yaa...kalau korang nak makan tengah hari di sini masa hari kerja, ada set yang harganya sangat menarik...

Murah kan? Untung laa siapa yang kerja / menetap dekat Publika tu

Haaa mesti korang dah terliur kan? So sila lah pi rasa sendiri kat CoffeeSociété ye. Enjoy! :-)

Facebook: CoffeeSociété
Instagram: https://www.instagram.com/coffeesociete/
Alamat: Publika, Block D4, Level G3, Unit 3A, Jalan Dutamas 1, Solaris Dutamas, Malaysia, 50480 Kuala Lumpur
Tel: 03-6211 5523

Labels: , ,