Hotel Bajet Di Kuala Lumpur Yang Ada Kolam Renang!

Salam dears,
Cuti Raya Cina hari tu korang ke mana? Takkan duduk rumah je kot? Disebabkan cuti banyak hari, Mama pun pikir boring la kalau duduk rumah saja. Tapi nak jalan jauh, malas plak memikirkan jalan jam, konpem sesak banyak kereta kan.

Jadi Mama ajak Ayah bawa anak anak duduk kat Hotel Citrus kat dalam Kuala Lumpur ni je. Sebabnya kat hotel tu ada kolam renang, so boleh laa anak anak enjoy berkubang sepuas hati hehe. Harganya pun Mama rasa masih dalam kategori hotel bajet. Lagipun Mama pernah menginap di Hotel Citrus ni dalam 9 tahun yang lalu dan masa tu Mama puas hati. So...apa kata kita repeat lagi?

Mama buat tempahan bilik secara 'online booking' je kat website Hotel Citrus. Ambil pakej promosi bilik 'Weekday Special Club Room with breakfast', harga RM156 satu malam. Kitorang 'check-in' hari Ahad, 'check-out' Isnin. 

Bilik kitorang 'Club Floor Room', kat tingkat 9. Ada katil 'king size', TV flat screen, peti ais kecil, bilik air ada bathtub dan dapat sarapan pagi untuk dua orang. Haaa ada Wifi percuma juga, cuma 'line' wifi tu tak berapa elok sangat. Tapi ok lah, boleh laa guna. Dapat juga laa Mama mengupdate Instagram sedas dua hehe

Hotel Citrus Kuala Lumpur
Masa kitorang sampai tu, ramai juga yang tengah 'check-in'. 

Hotel Citrus Kuala Lumpur
Biliknya luas! 

Hotel Citrus Kuala Lumpur
Katil 'king size' tu muat kitorang tidur berhimpit himpit lima beranak. Tapi esok paginya Ayah dah terbongkang atas lantai je, kena tolak ngan anak anak hehehe

Hotel Citrus Kuala Lumpur
Dari pintu masuk

Hotel Citrus Kuala Lumpur
Ada TV flat screen, cuma tak banyak channel. Tapi bagi Mama ok lah, bukannya nak dok melangut tengok TV sangat pun

Hotel Citrus Kuala Lumpur
Bilik air bersih. Dan yang penting, kat toilet tu ada paip air! Senang ;-)

Hotel Citrus Kuala Lumpur
Ada bathtub juga, yayyy!

Hotel Citrus Kuala Lumpur
Si kembar pakat bawa mainan lagi tu haa, buat macam kat rumah sendiri hehe

Hotel Citrus Kuala Lumpur
Tiga budak yang dah tak sabar nak pi mandi kolam, yahooo! Puas laa pagi petang dapat berkubang mandi kolam hehe

kolam renang hotel kuala lumpur
Kolamnya boleh tahan luas juga. Ada kerusi meja juga kat tepi kolam jadi boleh laa dok melepak sambil pantau anak anak. 

kolam renang hotel kuala lumpur
Ada kolam kecil untuk kanak-kanak, best! 

Tapi tak ada 'life guard' ye kat kolam ni. So korang kena sentiasa pantau anak anak tau. Air dalam kolam dewasa yang betul betul sebelah kolam kanak-kanak tu tinggi juga, kalau budak kecil umur 3-4 tahun terjatuh bahaya gak. Tapi untuk si kembar ni, diorang boleh mandi kat tepi tepi tu sebab air setakat leher diorang.

 kolam renang hotel kuala lumpur
Masa mula mula mandi kat kolam kanak-kanak je.

kolam renang hotel kuala lumpur
Lepas tu pakat nak masuk kolam dewasa plak. Jadi Mama nya pun terpaksa lah masuk berkubang sama. Nak teman anak anak katanya hehehe. Ayah dah tak nak mandi dah masa ni, sejuk terketaq ketaq dah dia haha. 

kolam renang hotel kuala lumpur
Dapat geng aweks dua orang, 2 hari berturut turut join sekali. Bila terjumpa kat cafe masa sarapan pagi, siap boleh janji nak turun mandi kolam sama sama tau hehehe 

Hotel Citrus Kuala Lumpur
Bufet sarapan pagi

Sarapan pagi kat sini bagi Mama biasa biasa je dan tak banyak pilihan. Ada laa mee goreng, sosej, roti bakar, cornflakes & koko krunch, bubur nasi dan buah buahan sikit. Mama makan mee goreng tu, rasa tak berapa nak kena dengan tekak Mama ni. Tapi setakat nak buat isi perut, ok lah boleh laa telan. Lagipun, dapat 2 voucher saparan dengan pakej bilik, so bedal je lah hehe. 

Untuk budak budak patutnya kena bayar RM10 seorang. Jadi mula mula Mama nak masuk tengok dulu apa makanan yang ada, sebab budak budak ni kan cerewet bab makan, kang dah bayar pastu tak nak makan rugi je. Bila tengok macam kurang menarik, Mama ajak Ayah makan kat kedai luar je (ada kedai mamak berhampiran hotel tu). 

Bila dua orang staff yang dok jaga kat cafe tu terdengar Mama cakap camtu, terus staff tu kata "takpa lah puan, makan je lah budak budak tak payah bayar. Nak makan kat luar pun banyak kedai tutup ni, Raya Cina". Terbaik lah staff tu, terima kasih sangat sangat! So kitorang makan je lah kat situ, si kembar ni bukan makan banyak mana pun, pakat dah tak sabar nak pi mandi kolam je masa tu hehe

Hotel Citrus Kuala Lumpur
Pose wajib sebelum balik...ada cermin besar haruslah nak selfie. Tapi ada je dak tecik menyelit hahaha

Si kembar 3 ni happy sangat dapat duduk hotel dan mandi kolam. Ntah berapa kali dok ulang cakap "best lah duduk hotel"..."best laa hotel ni"... Seronok tengok anak anak seronok kan. Walaupun hotel biasa biasa je, tapi sekali sekala bawa anak anak rasai kelainan dari duduk rumah je, memang puas hati. Haaa korang jangan harap hotel ni segah dan secantik hotel lima bintang macam Hilton plak tau, dah namanya pun hotel bajet je ye.

Tapi kalau sekali sekala korang nak datang KL, atau orang KL sendiri nak "short getaway", boleh laa bawa anak anak ke Hotel Citrus ni. Malam malam boleh keluar cari makan kat sekitar kotaraya KL ni je. Boleh ke Kampung Baru makan Nasi Lemak Antarabangsa atau ke RSMY Cheese Nan kat Medan Tuanku, area depan Maju Junction. 

Boleh juga bawa anak anak pusing KL tengok suasana KL diwaktu malam. Kalau nak pergi ke KLCC ke Sunway Putra Mall pun senang, ada stesen LRT berdekatan ngan hotel ni je. Ehhh...pandai pandai korang laa plan nak kemana dalam KL ni hehehe

Hmmm...sampai hari ni si kembar dok ajak Mama pergi duduk hotel lagi nanti. Mama kata tak boleh laa selalu, bukannya murah, kena kumpul duit dulu. Terus masing masing angkat tabung bagi kat Mama, suruh pakai duit diorang. "Tabung kita banyak duit ni Mama, dah berat dah ni!". 

Adehhh laa anak anak oii, tabung korang tu berat dengan duit syiling je, mana nak cukup hahaha. Takpa lah, nanti Mama kumpul duit...kalau RM50 sebulan, lepas 3 ke 4 bulan boleh laa pergi duduk hotel lagi hahaha ;-)

Citrus Hotel Kuala Lumpur
www.citrushotelkl.com
51 Jalan Tiong Nam 
Off Jalan Raja Laut 50350 
Kuala Lumpur, Malaysia 
Tel: +603 9195 9999 
Fax: +603 9195 9988 
enquiry@citrushotelkl.com
GPS: 3°16'33.50"N 101°69'54.88"E

Labels: , , ,