Demam Dilwale Beramai Ramai!

Salam dears,
Kali ke-4! Yup dah empat kali Mama menonton filem Dilwale di panggung wayang. Memang #DemamDilwale betul lah hehehe. Dan....kali ke-4 ni sangat istimewa sebab dapat menonton beramai ramai dengan para peminat Shah Rukh Khan :-)

'Free Screening' anjuran SRK Universe Malaysia dan Antenna Entertainment  pada 30 Jan. 2016. Asalnya di GSC Pavillion, tapi ditukar ke Cathay E-Curve, Damansara

Mengikut kata Pn Liza dari Antenna Entertainment yang bertanggungjawab membawa masuk Dilwale ke Malaysia, sambutan terhadap filem ni sangat, sangat, sangat lah hebat! Memang diluar jangkaan. Jadi sebagai tanda terima kasih, Antenna Entertainment pun menjemput para peminat Dilwale untuk menonton secara percuma, yay! 

Sampai je terus posing dulu dengan Shah Rukh Khan.
Dapat bergambar dengan gambar pun jadilah ;-)

Awat laa handsome sangat 'King of Bollywood' ni haishhhh!

Dah laa dapat tengok movie free, dapat poster & calender juga, suka!
Terima kasih SRK Universe Malaysia dan Antenna Entertainment

Haaa ada pertandingan 'best dressed' juga tau, pakaian bertemakan Bollywood atau Dilwale. Pemenang dapat hamper besar gedabak hokeyyy. Budak lelaki tu dapat no. 1, cute sangat dia dengan jaket hitam ala Shah Rukh hehe

Diantara peminat yang pakai ikut tema, suka tengok diorang ni sporting sangat

Para pelakon tambahan filem Dilwale hehehe... Geng Kelab Blogger Ben Ashaari :-)

 Diantara yang hadir semasa screening tu.

Sekali sekala pergi menonton wayang beramai ramai macam ni best juga, terasa meriah! Tambah plak dengan wakil dari penganjur yang ramah mesra, tak rasa kekok join event macam ni. Dah laa dapat tengok wayang free, dapat poster dan lepas tu dapat alas perut dengan sandwich plak. Terbaik lah! 

Cuma....dimasa hadapan, mungkin pihak penganjur boleh perkemaskan lagi perancangan terutama sekali dari segi tempat dan masa. Rasanya kalau tak 'last minute' tukar tempat macam hari tu, mungkin lebih ramai peminat yang dapat hadir. Mesti lagi meriah!

Apa apa pun, Mama seronok dapat turut serta hari tu. Dapat tengok filem Dilwale, opkos laa aii suka! Tambah plak, demam Dilwale masih membara dalam dada ni haa...rasa macam nak pi tengok lagi pun ada ni tau hehehe. Hmm lagi banyak kali tengok, lagi rasa macam...ehhh handsome juga si Varun Dhawan tu, lakonannya pun sesuai dengan watak yang dibawa. But of course, Shahrukh is still the King! ;-)

Terima kasih SRK Universe Malaysia dan Antenna Entertainment! Lain kali jemput lagi yaar hehe. Err...filem FAN nanti kluar dalam bulan April kan? *wink*wink* ;-)

Psstt..filem Dilwale masih ada lagi kat panggung tau. Pi laa tengok, best! Review boleh baca kat SINI ye. 

Antenna Entertainments Sdn Bhd -Malaysia
Facebook: https://www.facebook.com/antennaentertainments/
Instagram: https://www.instagram.com/antennaentertainment/

SRK Universe Malaysia
Facebook: https://www.facebook.com/SRKUniverseMsia
Instagram: https://www.instagram.com/srkmalaysia/

Labels: ,