Cemburu!

Salam dears,
Dari semalam lagi Mama dok rasa jeles...rasa cemburu sangat! Bukan cemburu yang dengki tau, tapi cemburu sebab teringin sangat nak ikut geng Kelab Blogger Ben Ashaari berkembara ke Taman Negara...tapi tak boleh! huhuhu :-(


Mama tak dapat ikut sebab tarikh tak sesuai. Sekarang ni tengah sibuk proses gaji kat ofis. Confirm lah tak boleh ambil cuti. Kalau Mama cuti, ada yang gaji masuk lambat kang hehe. Ohhh tidakkk...gaji mesti 'on time'! 

Seramai 36 orang geng KBBA yang ke sana tau. KBBA ni kalau berkumpul ramai ramai macam tu, confirm meriah! Ukhwah yang terjalin seolah satu keluarga besar, mesra & kecoh! Mama dah pernah merasainya masa join Hari Keluarga KBBA dulu, ni yang buat aii lagi jeles ni...huarghhhh *nanges*

Hmm kita yang kena tinggal ni, jom lah follow kisah kembara diorang di Instagram #kbbatamannegara. Moga dapat merawat luka di hati ini chewahhh. Errr...ke lagi bertambah jeles nanti? hahahaha

Apa apa pun Mama doakan moga famili #KBBA9 yang berada di Taman Negara sekarang ni dalam keadaan sihat & selamat sentiasa. Selamat berkembara geng! Enjoy! 

Labels: