Bila Fikiran Bercelaru...

Salam dears,
Kebelakangan ni fikiran Mama bercelaru sangat. Letih. Bila emosi terganggu, fikiran berserabut...maka secara fizikal pun terasa letih. Sakit kepala, rasa tak sihat. Tidur tak tenang sampai termimpi mimpi, pastu terkejut bangun dan migrain! 

Nak diceritakan segalanya agar semua orang tahu kebenaran, Mama tak boleh! Terpaksa pendam, simpan. Walaupun tak kena kat Mama secara langsung, tapi...sungguh rasa terganggu dengan apa yang terjadi. Sampai rasa sesak dalam dada...macam ada batu! 

Dah cuba buat apa yang termampu. Tapi Mama tak punya kuasa untuk membuat keputusan. Hanya boleh berdoa untuk yang terbaik. InsyaAllah, perlahan lahan kebenaran akan terserlah. Allah Maha Adil...sampai masa pasti yang salah akan dapat balasan setimpal! Yakin!

Apa pun, syukur Alhamdulillah, Mama masih ada keluarga yang membahagiakan. Sekurang kurangnya terubat duka dihati bila boleh peluk cium anak anak, dan dapat berkongsi rasa dengan Ayah. Alhamdulillah. Doakan lah agar Allah kurniakan kesabaran dan ketenangan kepada Mama. Amin...
(sumber dari Google)

Hmm...bila hati tak tenang, nak menulis blog pun rasa tak senang. Tapi makan tetap sampai kenyang! Errr 'food lover' memang camni kot? Hehehe ;-)

Labels: