Berbaloikah Tonton Ola Bola?

Salam dears, 
Tak pernah ku sangka, tengok wayang cerita pasal bola sepak pun boleh sampai nangis. Yup, menitis juga laa air mata masa menonton filem Ola Bola ni. Tapi aii control macho, nangis sipi sipi je lap air mata, malu kat orang sebelah hehehe

Mama ni memang tak minat bola sepak. Tengok perlawanan bola sepak pun tak faham apa, kecuali bila bola masuk gol saja...tu pun belum tentu tahu gol siapa yang masuk tu hahaha. Tapi semasa menonton filem Ola Bola baru baru ni, Mama seakan dapat rasakan keterujaan peminat bola sepak. 

Berdebar debar juga lah nak tahu bola masuk gol ke tidak. Boleh plak masa tengah saat genting 'flashback' perlawanan bola diantara Malaysia dan Korea, 'flashback' diberhentikan dan kembali kepada zaman kini...memang cissss sangat tau! 

Bagi peminat bola yang memang tahu tentang keputusan perlawanan tu dulu, ok lah tak berdebar sangat kot. Tapi bagi Mama yang tak tahu apa apa ni, hoihhh memang stress laa masa tu nak tahu gol masuk ke tidak hahaha! 



Pada awal filem, ceritanya bagi Mama sedikit 'slow' sebab banyak cakap cakap. Tapi tak lah sampai boring. Lepas tu, jalan ceritanya bertambah menarik. Para pelakonnya pun (yang Mama langsung tak kenal sebelum ni), Mama rasa diorang dapat membawa watak masing masing dengan baik. Terutama watak Tauke dan Muthu. Dapat rasa juga lah dilema yang diorang hadapi dalam memilih diantara tanggungjawab terhadap keluarga dan cita cita. 

Adengan Muthu di hospital bila adik adiknya kemalangan, telah buat air mata Mama menitis skit. Mama ni kalau sentuh bab keluarga je, memang 'dalam hati ada taman' hehe. Sedih, sayu, tengok Muthu yang tertekan dengan keadaan keluarganya. Kerana mengejar impian bola sepak, Ayahnya sampai dah tak nak mengaku dia sebagai anak. Haaa budak budak yang jadi adik Muthu tu, cute sangat. Adengan diorang tiga orang bergilir gilir kena piat telinga memang comel hahaha

Kali ke-2 Mama rasa 'feeling' skit ialah adengan dalam bilik persalinan pemain semasa perlawanan menentang Korea. Bangkit semangat dengar perbualan diantara semua pemain. "Kita menang sama sama, kita kalah pun sama sama!". Semangat berpasukan, setiakawan dan cintakan negara terasa masa ni.

Dalam konflik dan drama, diselitkan juga adengan dan dialog yang lucu. Seronok tengok watak Rahman, pengulas bola sepak yang buat semua orang bersemangat dengan jeritannya "Gol! Gol! Gol! Gol! Golll!!!". Mama juga suka tengok 'funfair', teringat masa kecil kecil dulu pergi funfair macam tu bersama keluarga, best! 

Hmm untuk seorang yang tak minat bola sepak, Mama enjoy tengok filem Ola Bola ni. Rasa berbaloi bayar duit tiket wayang. Jalan cerita menarik, lakonan bagus, shot kamera yang cantik....terbaik! Bak kata kawan Mama, "kalau bukan sebab cakap Bahasa Malaysia, tak sangka ini filem Malaysia!" :-)


Trailer Ola Bola

Labels: