Saya Dah Tak Ada Kuasa!

Salam dears,
Sedang nyenyak tidur, tiba tiba Mama dikejutkan dengan jeritan "saya dah tak ada kuasa!". Huhhh apakah?

Terus terkejut bangun dari tidur, pandang sebelah dan nampak si Faris senyum tersipu sipu. Walaupun matanya pejam, dia cakap "sori Faris mimpi lah Mama...." pastu tarik selimut dan sambung tidur balik. Alahai anak...terkejut mak ko ni haaa pagi buta jerit dah tak dak kuasa tau! Hahaha

Pastu esok paginya Mama pun tanya lah dia "Faris mimpi apa semalam?". Tersengih sengih dia jawab "Faris mimpi jadi Doctor Doom! Faris lawan lawan lepas tu kalah!". Adoiii nak gelak guling guling Mama dengar jawapan dia tau hahaha. Jadi Doctor Doom rupanya hahaha. Ehhh korang tau tak Doctor Doom tu sapa? Alaaa yang orang jahat dalam filem Fantastic Four tu lah hehe.

Tapikan...kenapa mimpi jadi orang jahat? Kot ye nak mimpi pun....jadi lah hero kan? Jadi orang jahat selalu kalah, tak best! Kan, kan?

Si Faris ni memang selalu gak mimpi mengigau tengah malam. Dulu dia mimpi jadi Ultraman pastu makan nasi ayam hahaha. Lepas ni mimpi jadi apa plak agaknya ye? Hehe

Hmm...mimpi sekadar mainan tidur. Mimpi lah apa pun wahai anak anak ku. Asalkan dalam kehidupan sebenar...anak anak Mama akan membesar jadi insan yang soleh, Amin :-)

Pak lebai 3 orang hehe
Terima kasih Opah & Wan sebab sponsor uniform kami ni :-)