Pertama Kali Cuba Lipstick Catrice

Salam dears,
Dalam banyak banyak alat solek, Mama paling suka beli lipstick. Pantang nampak ada lipstick 'on sale', mesti nak terrrbeli. Walaupun lepas beli tu belum tentu pakai, sebabnya...asyik laa dok ulang guna lipstick warna yang sama juga nanti hehehe

Anyways, pagi semalam singgah Guardian nak beli lipbalm. Tapi ternampak ada promosi 'Beli 1 Percuma 1' untuk lipstick jenama Catrice. Harga asal RM21.90 setiap satu. Tapi...dengan promosi ni....dapat 2! Ehhh murah tu! Apa lagi...terus excited membelek semua warna yang ada.

Masa tu Mama tak terus beli, sebab tak pernah pakai jenama Catrice. Mama ni jenis yang bibir sensitif skit. Kalau silap gaya, boleh alergik dan bengkak terus bibir! Jadi, Mama cuba calit skit dulu lipstick tu. Dan tunggu sampai waktu rehat lunch time, kalau tak dak apa apa kesan negatif (gatal, bengkak etc etc), baru lah nak pi beli. Lagipun, aii terkonpius tak tahu nak pilih warna apa. Semua lawa!

Sebab konpius, post kat Insta & Facebook tanya pendapat hehehe

Akhirnya Mama beli dua warna ni...

Ultimate Color 020 Maroon dan 390 On The Pink Side Of Life.


Kiri yang no. 390 dan kanan 020


Atas yang warna 020 dan bawah 390


Ni Mama pakai color 020...nampak pinkish plak kan? Sebab sebelum tu Mama calit lipbalm skit, so warnanya berubah skit. Tapi, ok kan?

Mama jarang pakai lipstick jenis matte, sebab rasa macam kering bibir. Mama lebih suka jenis yang 'soft, creamy & shine' sikit macam Ultimate Colour Catrice ni. Aii like! Daan kalau tak dak promosi pun, harganya RM21.90 setiap satu, tak lah mahal kan? Lain kali boleh laa beli lagi...banyak lagi warna yang ada tu hehehe ;-)

Labels: ,