Niat Baik Pasti Dipermudahkan...

Salam dears,
Selamat tahun baru! Dan selamat kembali ke sekolah kepada semua...termasuklah mak pak yang excited 'masuk sekolah' mengalahkan anak anak hehehe. Aii pun sama laa ;-)

Tahun ni si kembar 3 dah masuk darjah 2. Tapi tahun ni adalah tahun pertama diorang ke sekolah agama. Tahun lepas belum mula sekolah agama sebab nak bagi diorang biasakan diri dengan alam persekolahan dulu. Takut stress kalau terus pagi petang sekolah. 

Dan juga...terus terang cakap...tahun lepas kekangan bajet. Ye lah pertama kali ke sekolah kan, bukan sikit belanjanya. Sekaligus 3 orang kena beli barang serba serbi baru. Tak silap Mama, hampir tiga ribu juga lah habis. 

Tapi niat untuk nak hantar juga ke sekolah agama tu, sentiasa ada. Sebab kalau nak ajar sendiri di rumah, Mama tak pandai huhuhu. Tapi...bila di kira kira bajet, tahun ni pun macam tak berapa nak cukup juga untuk bayar yuran segala. 

Bagi Mama, kami bukan orang susah. Alhamdulillah, masih senang dan rezeki tak pernah putus. Cumanya tak kaya raya dengan wang ringgit je hehe. Setiap perbelanjaan perlu dibajet, itu saja. Mak bapak yang lain pun mesti faham maksud Mama ni kan?

Hmm kebetulan pagi semalam (Ahad), kami sekeluarga keluar bersarapan. Sebab gas kat rumah dah habis nak masak apa pun tak boleh. Lagipun, nak pergi kedai gunting rambut si kembar ni. Plan nak gunting rambut masa kat kampung tertangguh. Tu yang last minit baru nak pi hehe. Kedai makan dan kedai gunting rambut berdekatan, so sekali jalan je laa keluar sekeluarga.

Dan...nak dijadikan cerita, sekolah agama pun dekat situ juga. Tengah dok makan, Mama perasan pintu sekolah dibuka. Ehhh...hari Ahad pun pejabat sekolah buka ke? So Mama ajak Ayah, jom laa pergi jenguk...nak pergi tanya tanya je. Walaupun bajet tak ada ;-).

Bila masuk tu, nervous juga. Nasib baik dapat ustazah yang ramah mesra. Tengok dia senyum Mama confident skit nak tanya tanya, walaupun belum tentu nak daftar. Dan bila tengok yuran yang perlu dibayar...hampir RM600 untuk 3 orang! Hmmm...terdiam jugak lah Mama masa tu. Tapi...hati teringin sangat nak hantar anak anak ke situ.

Jadi Mama cuba lah tanya ustazah, boleh tak kalau nak bayar ansuran? Ustazah pun tanya ustaz kat sebelah "boleh tak bang, tiga orang sekali ni...". Ustaz terus angguk dan ustazah sambil senyum kata "boleh puan, kita faham...3 orang sekali kan". Boleh bayar separuh dulu, lagi separuh settle kemudian. 

Tapi lepas tu, Mama terfikir dan tanya "uniform pula?". Dan dalam otak terus kalkulator berjalan...kalau sepasang baju + sampin + songkok...maunya RM50 sorang. Kalau sorang 2 pasang...ganda 3, errr bajet takdak huhu. Agaknya ekspresi muka Mama tu nampak sangat tengah berkira kira, ustazah terus cakap "nak pakai baju melayu biasa je dulu pun boleh puan, baju raya tahun lepas ada kan? Pakai je dulu, uniform kemudian bila boleh". Ohh happynya bila Mama dengar semua tu. 

Tapi..Mama tak terus register masa tu jugak. Sebab masih dok berkira kira lagi...mampu ke? Yuran bulanan lagi nanti. Sebab ikutkan tak dak bajet kan. Ustazah tu dengan lembut je cakap, "takpa Puan ambil je dulu borang ni, kalau nak...isi dan esok datang bawa anak anak puan daftar". 

Balik rumah, Mama terus kira bajet betul betul. Yes, boleh laa nak bayar yuran separuh dulu. Lagi separuh, InsyaAllah lepas gaji hujung bulan ni boleh selesaikan. Dan baju melayu yang raya tahun lepas masih elok, boleh laa ulang pakai sampai hujung bulan ni baru beli baju uniform. Cuma malam semalam pi nak beli songkok. Tapi...pergi kedai, songkok saiz si kembar ni dah habis. Last minit sangat kan hehe. So beli kopiah je lah dulu. Asal ada hehe

Dan pagi ni, dengan hati yang sangat gumbira...Mama pi hantar si kembar ke sekolah agama. Akhirnya, tercapai juga hajat di hati ni. Lega...syukur sangat Allah permudahkan. Dan bila difikir fikir...macam dah disusun elok je peristiwa yang membawa kepada nak masuk sekolah ni. 

Pak lebai 3 orang :-)

Patutnya gunting rambut hari sabtu, tak jadi. Tangguh ke Ahad. Gas pula habis, tak dapat nak masak so Mama ikut sekali pergi keluar makan, gunting rambut & nak beli gas. Kalau tak, biasa Ayah sorang je bawak si kembar pi gunting rambut. Pastu sambil dok makan nampak pintu sekolah agama buka. Dan...dapat jumpa dengan ustaz & ustazah yang boleh buat keputusan 'on the spot' untuk benarkan bayar secara ansuran. 

Ehhh...tatau laa camna nak cakap. Tapi serius, rasa seolah olah segalanya dah diatur elok. Lega. Syukur sangat. Moga terus dipermudahkan dan dimurahkan rezeki untuk kami sekeluarga. Dan moga si kembar 3 akan membesar menjadi hamba Allah yang soleh, Amin...

Labels: ,