Kisah Seram!

Salam dears,
Ish ish ish dah banyak hari rupanya Mama tak update blog, sikit lagi bersawang lah ni hehe

Hmm alang alang dah jenguk blog malam malam ni, meh nak kasi cerita kisah seram skit. Nak baca tak? Pengalaman aii sendiri ni...

Alkisahnya...beberapa tahun lalu, masa Mama tengah proses payroll (gaji) di tempat kerja Mama yang lama dulu, ada sekali tu....ntah kenapa Mama tak dapat nak keluarkan/delete nama staff yang dah meninggal dunia.

Masa tu dia baru juga lah meninggal. Dan kebetulan bulan tu ada bayaran bonus. Tapi...untuk dia, ditarik balik. Mama pun tak tahu kenapa, saya yang menurut perintah saja.

Tapi dalam hati masa tu, memang rasa...hmm patutnya dia layak dapat bonus tu. Walaupun dia dah meninggal, boleh bagi pada keluarga kan? Sebab bukannya dia resign, tapi meninggal dunia. Kalau resign lain lah, memang terus tak layak. Tapi...tu lah...saya yang menurut perintah saja.

Disebabkan Mama tengah kejar deadline proses payroll, hari Sabtu pun pergilah kerja sorang sorang. Mula mula dok proses, semua ok. Tapi bila sampai kat nama dia, tiba tiba tak boleh nak delete data. Dah beberapa kali resignkan dia dalam sistem, dah delete data, tapi bila 'run' payroll....data dia tetap ada!

Aikkk...apsal tak leh nak keluarkan ni? Mama rasa tak dak buat salah, dah proses ikut cara yang biasa dok buat dan tak pernah ada masalah macam tu. Serius Mama dah cuak dah masa tu. Kalau tak dapat keluarkan data dia, payroll salah...macam mana nak proses dan bayar gaji orang lain? Dah laa dah nak deadline.

Fikir punya fikir, Mama call ofismate Mama yang ada dinegeri lain dan mintak dia masuk ke dalam sistem payroll tu secara 'remote'. Maksudnya dia access system tu dari luar ofis, dia kat negeri lain masa tu. Kot kot lah Mama ada tersilap step kan, so mintak lah dia tolong buat plak. Lagipun dia lagi pakar guna sistem payroll tu.

Tapi...dia pun...lepas beberapa kali cuba, gagal juga! Tak berjaya nak buang data bonus arwah tu. Adoiiii bertambah tambah meremang bulu roma Mama masa tu tau! Dah laa dah dekat nak Mahgrib dah, pastu dok sorang sorang plak kat opis huhu.

Ofismate Mama suh Mama balik je lah, sambung hari Isnin nanti. Tapi memikirkan kejar deadline, dan itu gaji orang...tanggungjawab besar tu! Mama kena cuba jugak!

Dah tak tahu nak buat macam mana lagi, Mama baca surah Al-Fatihah, ayat Kursi dan berdoa mintak Allah permudahkan kerja Mama. Lepas tu Mama sebut nama arwah dan bercakap sorang sorang...minta izin dia halalkan hak dia kalau ada yang masih terhutang. Bukan Mama yang tak nak bayar bonus tu, Mama ikut perintah ja. Dan kalau tak siapkan hari tu juga, nanti orang lain tak dapat gaji ontime. Lebih kurang camtu lah kot, tak ingat exactly dah apa yang Mama membebel sorang sorang masa tu. 

Dan....yang hairan bin ajaibnya...sebaik saja lepas tu bila Mama ulangi cara yang sama untuk keluarkan data dia dari payroll, terus berjaya! Legaaa sangat! Dan.....meremang bulu roma tu toksah cakap lah. Tapi kuatkan semangat dan terus buat kerja sampai siap. Siap ja terus lari balik tak pandang belakang dah hahahaha

Walaupun dah bertahun berlalu, sampai hari ni Mama tertanya tanya, macam mana boleh jadi macam tu? Mungkinkah Allah nak tunjuk yang sememangnya bonus tu hak arwah? Hmm ntah lah, hanya Allah yang Maha Mengetahui. Tapi bagi Mama, ini satu 'kisah seram' yang Mama akan ingat sampai bila bila. Harap sangat kejadian macam tu takkan berulang lagi! Amin....

Labels: