Jangan Percaya Cakap Mama!

Salam dears,
Satu kerenah anak anak, yang Mama rasa ibubapa lain pun mungkin akan setuju ialah....cakap mak ayah selalu tak betul, tak payah ikut. Cakap atuk nenek opah wan kena dengar, cakap kawan kawan boleh ikut, cakap cikgu laaagilah kena ikut! Haaa betul tak? 

Macam si kembar ni lah, kadang tu berbuih mulut Mama dok pesan itu ini, tak diikutnya. Tapi sekali je cikgu cakap...ohh terus "betul, kita kena ikut!". 

Contohnya kan, Mama dok suruh si kembar bawa bekal air kosong je ke sekolah. Tapi diorang taknak, berkeras juga nak bawa air berperisa sebab air kosong tak sedap katanya. So tahun lepas memang setiap hari ke sekolah bawa bekal air sirap. Tapi Mama buat cair je, setakat nak bagi ada rasa manis skit.

Tahun ni? Balik je dari sekolah pada hari pertama, pakat bising marah Mama sebab bekalkan air manis. Sebab cikgu kata tak elok, kalau banyak minum manis nanti boleh kena kencing manis. Kena minum air kosong je baik untuk kesihatan! Adoi laa Mama juga yang kena leter, padahal sebelum ni diorang yang kecoh nak air sirap jugak jugak. Pastu kan, si Faris pi kedai makan skarang pandai plak order "teh ais kurang manis" hehehe

Lagi contoh....si Fahmi tak suka makan epal. Dulu jenuh Mama dok 'pancing' suruh makan, dia tak nak. Bukak mulut untuk rasa pun tak! Tapi...masa cuti sekolah hari tu balik kampung, Opah nya potong epal bagi makan, dia nak pula! Pastu balik sini, kalut dok suruh beli epal. Adoii laa....dulu tak nak, sekarang kemain lagi suka epal sampai makan berebut! 

Hmmm banyak lagi laa benda yang camtu, bila Mama cakap tak nak percaya....bila Mama suruh tak nak buat. Tapi bila orang lain yang cakap? Kemain percaya. Haishhh sabar je lah kan? Tapikan....bila cikgu pesan kena selalu ikut cakap mak ayah...errr apsal bab tu tak diingatnya plak? Hehehe :-)

Labels: ,