Alvin and the Chipmunks: The Roadchip

Salam dears,
Pagi semalam Mama sekeluarga ke panggung wayang, melayan permintaan si kembar ni lah...nak tengok Alvin and the Chipmunks: The Roadchip. Si kembar memang suka tengok kartun Chipmunks, siap pakat 'cop' yang mana satu watak masing masing tau. Si Fahmi mengaku jadi Alvin, Faris nak jadi Theodore dan Fauzi kata dia Simon. Cute kan? hehehe


Bagi Mama, jalan cerita Chipmunks The Roadchip ni tak banyak bezanya dengan Chipmunks sebelum sebelum ni. Jalan cerita yang simple. Alaa dah namanya pun The Chipmunks kan, cerita untuk budak budak. Fokus cerita opkos lah kenakalan Alvin, Simon dan Theodore yang menyebabkan macam macam perkara terjadi. Cuma kali ni, ada sorang remaja lelaki iaitu Miles yang terjebak sekali ikut Chipmunks.

Walaupun ceritanya simple ja, Mama enjoy tengok The Roadchip ni sebab kelakar! Si kembar 3 ni pun banyak kali ketawa berdekah dekah tau hehehe. Pastu, banyak lagu lagu yang rancak dan 'catchy'. Jadi budak budak pun tak boring tengok.

Yang paling seronok ialah sebab tengok anak anak seronok. Nampak sangat diorang enjoy tengok wayang The Roadchip ni. Siap menari, badan bergoyang, kepala terhangguk hangguk ikut rentak musik dan bertepuk tangan dalam panggung hehehe

Nasib baiklah yang pergi tu memang majoritinya mak pak bawak anak anak. Jadi saling memahami bila anak anak tak duduk diam. Malah, Mama tengok budak budak lain pun ada gak yang bangun menari macam si kembar ni. Yang ikut menyanyi pun ada hehe

Hmm kalau nak diikutkan, cerita ni tak tengok kat panggung pun takpa. Tengok kat TV dirumah je pun dah ok dah. Tapi sekali sekala nak bagi anak anak merasa 'movie experience' - masuk panggung, tengok kat skrin besar sambil makan popcorn, best!

Gambar lama. Nampak Chipmunks je terus mintak nak posing hehe

Labels: