Uniform Sekolah Matari Yang Sangat Mudah Digosok!

Salam dears,
Sebelum ni Mama dah pernah ceritakan tentang baju sekolah jenama Matari yang tidak berkedut. Dalam entry tu, Mama masukkan juga video yang menunjukkan lepas diramas pun tak lekat kedut kat baju tu. Nak tengok, pergi ke link INI ye.

Mama suka baju uniform Matari ni sebab kainnya jenis licin, lembut, tak panas dan selesa. Bila anak anak pakai, nampak kemas je sebab tak berkedut. Bila lepas basuh tu, biasalah mesti lah ada lekat sikit kesan perahan kan. 


Mama dah pun basuh uniform Matari ni. Basuh guna tangan dan perah sekuat hati gitu, sebab nak cuba try test tengok teruk ke tidak kesan perahannya hehe. Lepas dah kering, kesan perahan tu ada tapi tak lah banyak sangat. Tak ada kedut seribu yang halus halus tu. Err tak tahu camna nak terangkan, tapi korang tahu lah kot? hehe


Dan yang paling best, ianya sangat, sangat mudah hilang bila diseterika. Sekali gosok, terus hilang kesannya! Memang sungguh memudahkan untuk ibu ibu yang sentiasa mengejar masa macam Mama ni, yayyy!

A video posted by Mama Kembar 3 (@mamakembartiga) on
Haa tengok tu, sekali gosok je dah licin! Mama tak tonyoh tekan seterika kuat kuat pun tau, setakat lalukan je atas baju tu. Mudah kan?

Hmm ada juga yang bertanya pada Mama, mana nak beli baju uniform sekolah Matari ni. Senang je, korang boleh beli online di Matarishop.com. Malah ada 15% diskaun khas untuk pembaca blog Mama Kembar 3 tau. 

Masukkan kod promo MK3 semasa membuat pembelian. Kod promo ni sah bermula hari ni 14 Disember 2015 hingga 4 Januari 2016Meh nak tunjukkan sikit cara-caranya. Klik kat gambar tu untuk besarkan ye.



Pergi ke website Matarishop.com

Daftar dulu


Pilih pautan ke 'wrinkle free'. Untuk baju kurung pun ada.


Pilih saiz yang sesuai

Rujuk pada carta ukuran untuk tahu saiz apa yang sesuai

Di 'Shopping Cart', masukkan kod MK3 di bahagian 'Use Coupon Code' dan klik 'Apply' untuk dapatkan 15% diskaun




Lepas tu boleh lah 'Checkout' dan ikut ke arahan tentang cara bayaran.

Disamping membeli untuk anak anak sendiri, korang juga secara tak langsung turut menyumbang untuk pihak yang memerlukan tau. Sebab Matari juga merupakan sebuah CSR company dan hasil daripada jualan akan disumbangkan kepada organisasi kebajikan.

Contohnya, 10% daripada hasil jualan uniform yang korang beli tu akan digunakan untuk sponsor pakaian sekolah untuk kanak-kanak yang memerlukan. Jadi korang bolehlah membeli sambil beramal :-)


Ada cabutan bertuah juga. So untuk yang belum beli baju sekolah anak anak tu, cubalah beli dari Matarishop.com ni, mana tau ada peluang nak menang kan?

Klik untuk besarkan gambar.

Untuk maklumat lanjut, layari:
Website: www.matarishop.com
Facebook: https://www.facebook.com/matari.school.uniform.centre

Telefon:
016-5206725

Alamat:
Matahari Uniform Centre Sdn Bhd
2795,2796,2797, Jalan Rozhan,
Taman Industri Cherok Tokun,
14000. Bukit Mertajam.
Pulau Pinang. Malaysia

Labels: ,