Ukur Dulu Sebelum Beli!

Salam dears,
Petang semalam mesin basuh baru Mama dah sampai, yayyy! Masa tu Mama kerja, Ayah je kat rumah menyambut ketibaan mesin tu. Sebaik saja tahu mesin dah sampai, Mama kat ofis excited dah nak balik rumah basuh baju guna mesin baru kununnya. Biasalah, orang pompuan kan, mesin basuh ni benda penting wehhh. Sayang mesin basuh umpama lelaki sayangkan kereta kot, kan, kan?

Tetapi, sampai je kat rumah niat nak terus basuh kain baju terbantut jap. Sebab rupa rupanya mesin tu lebar sangat dan tak muat nak masuk melalui pintu balkoni dapur. Dok tersadai segedebuk tengah dapur ja. Aiyooo ini lah akibatnya bila tak pikir panjang, tak ingat yang rumah kecik, main beli je ikut apa yang berkenan! Sekali sampai, tak muat pintu hahaha

Pikir punya pikir, Ayah kata cuba kopek je lah palang kat tepi pintu tu (entah betul ke tidak itu namanya Mama pun tak tahu). Nasib baik lah pintu jenis cikai je, senang nak kopek.
Cover palang tu dah kena kopek, nasib baik tak yah cabut keluar semua terus.
Nanti nak kena pasang balik lah cover tu, kalau tak, tak leh nak kunci lah pintu.

Setelah setengah jam berhempas pulas, akhirnya berjaya juga tolak mesin basuh melalui pintu tu. Lega! Kalau tak muat, tak tahu lah mana nak letak. Rumah apartment kecil ja macam ni lah, tempat limited kan. Kalau rumah teres tu, boleh laa adjust letak kat laman belakang ke depan ke kan.

Samsung Washer WA90J5710SG ADW Top Load 9kg

Hmm nasib baiklah beli mesin yang muatan 9kg je. Asalnya Ayah dok berkenan yang 14-16 kg. Tapi Mama tak nak, sebab besar sangat. So pengajarannya, lain kali sebelum beli apa apa barangan rumah, terutama benda besar camni, ukur dulu size pintu rumah sendiri! Bukan takat ukur baju dibadan sendiri saja tau...hehehe ;-)

Labels: ,