Suka Kedai Macam Ni...

Salam dears,
Sejak mula pakai tudung bawal Aidijuma, Mama dah jaranggg sangat pakai shawls. Masalahnya boleh dikatakan semua Aidijuma yang Mama ada tu yang bercorak. So susah laa nak padankan dengan baju yang bercorak terutamanya baju kurung.

Hujung minggu ni ada banyak kenduri, dan Mama kelam kabut plak tak dak tudung nak pakai. Walaupun sebenarnya shawls dok ada berlambak, tapi macam...err nak pakai tudung bawal juga! Biasalah...masalah orang pompuan ni, sentiasanya tak ada benda nak pakai hehehe

So setelah sekian lama dok usha instagram Benang Hijau, hari Ahad lepas Mama ajak juga Ayah ke kedai Benang Hijau di Bangi. Bila Mama sampai sana, rasa puas hati sangat sebab ianya menepati citarasa Mama. Rasa macam pergi butik mahal je, tapi harga koleksi tudung dan shawls kat situ, bagi Mama masih berpatutan. Tak lah sampai beratus ratus ringgit.

Berkenan bawal Zara Plain ni

Mama suka sangat kedainya yang selesa. Susun aturnya kemas, ada disediakan banyak tempat duduk untuk encik boss merangkap driver menunggu sementara tukang shopping memilih tudung hehehe. Pastukan, ada cermin besar di dinding kiri & kanan kedai, jadi sangatlah memudahkan untuk mencuba tudung, aii like! :-)

Si kembar pun seronok kemain lagi, gedik excited lari sana sini, memanjat kerusi dan buat kedai tu macam rumah sendiri huhuhu. Nasib baiklah masa tu pelanggan tak ramai sangat, kalau tak..ishhh segan aii huhu.


Sila...sila...buat macam rumah sendiri *sigh*

Haaa lagi satu yang Mama suka ialah pekerja atau salesgirl yang ada masa tu pun baik. Mesra dan senyum je. Masa tu ada 2 salesgirl, diorang biar je Mama dan beberapa orang pelanggan lagi memilih tudung dengan aman. Diorang pantau dari jauh je. Jadi kita nak membelek, memilih barang pun rasa releks dan selesa. Mama rimas sungguh kalau salesgirl yang jenis mengekor je kita kan?

Yang salesgirl 2 orang ni ok, memerhati dari jauh dan datang bila kita panggil je. Pastu, siap tunjukkan cara pakai tudung bawal Zara. Sebab masa tu Mama dan lagi sorang pelanggan dok heran tengok camna lah model dalam gambar tu pakai tudung hehe. Terima kasih ye dik...terlupa plak nak tanya siapa nama salesgirl tu.


Mama beli 3 helai tudung bawal Zara ni. Harga RM19 sehelai, ok lah kan? 
Material chiffon dan senang bentuk.

Err maaflah ye, gambar dalam kedai tak banyak. Sebab asalnya tak niat pun nak review. Niat nak pi bershopping semata hehe. Tapi disebabkan Mama suka dengan kedainya, maka kenalah cerita kat korang. Kasi cucuk suruh pi shopping kat situ jugak hahaha ;-)

Happy! hehehe :-)

Benang Hijau Bangi
15G Jalan Medan Pusat 2D, Persiaran Bangi, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor. No Tel : 0167718910 : 0389208060 10pagi - 10malam 
www.benanghijau.com


Labels: