Setelah Lama Berjauhan...

Salam dears, 
Setelah hampir 2 minggu berjauhan, semalam si kembar 3 dah balik rumah, yayyy! Opah & Tok Wan diorang yang hantar. Asalnya patut balik ke sini hari Isnin nanti. Tapi anak saudara Mama yang balik ke kampung dengan si kembar tu tiba tiba minta nak balik ke rumahnya. 

Menangis cari emaknya dan siap nak pack bag sendiri, nak balik rumah jugak jugak! Cute sangat hehe. Si kembar ni? Hmm ikutkan diorang, nak duduk kat kampung lagi tu. Mama nya ni je yang terover rindu sangat dah hehe.

Nyawa.

Nampak je muka diorang, Mama rasa happy sangat sangat. Ya Allah rindunya tak tahu nak cakap lah. Rasa macam nak peluk cium tanak lepas je. Nak tidur malam pun dok tenung tengok diorang sambil fikir "bestnya anak anak aku dah balik!". Macam ni rupanya rasa rindu bila berjauhan dengan anak anak :-)

Si kembar seronok sangat kat kampung. Mana tak nya, Opah Wan melayan sakan. Dapat basikal baru, dapat mainan, dapat jalan jalan makan apa yang nak. Sorang rosak selipar, semua dapat selipar baru. Boleh pokai Opah Wan melayan si kembar ni, memang ditatang bagai minyak yang penuh lah hehehe. 

Ni si kembar dok sebut nak ikut Opah Wan balik ke kampung lagi ni haa. Errr Mama yang berbelah bagi nak lepaskan. Mama pasti rindu....tapi sian juga kat anak anak yang meminta nak balik kampung. Kat sini kena duduk kat taska je. Kat kampung dapat main basikal, dilayan oleh Opah Wan etc etc. Tapi...nanti aii rindu.....

Hmmm...duduk lah rumah dulu dengan Mama Ayah. Nanti sebelum habis cuti sekolah, kita balik kampung lagi ye...

Labels: ,