Satu Malam di Rest Inn Hotel Bajet Kota Tinggi

Salam dears,
Beberapa minggu lepas Mama dan Ayah ke Kota Tinggi, Johor. Pergi sekejap je sebab majlis pernikahan adik lelaki Ayah dan kenduri pihak pengantin perempuan di sana. Asalnya kitorang tak booking hotel ke homestay ke apa ke. Sebab ingat nak tumpang rumah mak saudara Ayah disana. Tapi bila sampai, macam ramai plak kalau semua yang pergi tu nak duduk serumah je. 

So last minit kelam kabut juga laa mencari hotel. Sebab masa cuti sekolah ni kan banyak hotel dah penuh. Risau juga Mama kot langsung tak dapat hotel, atau kalau dapat pun kena bayar mahal. Takat nak tidur semalam je, tak berapa sanggup nak belanja beratus ringgit. Aii kedek skit hehehe

Nasib baik lah dapat juga bilik kat Rest Inn Hotel ni, yang bagi Mama masih dalam kategori hotel bajet. Kitorang dapat bilik 'Standard Twin' yang berharga RM110.00 semalam. Walaupun biliknya tak lah besar mana, tapi Mama puas hati sebab biliknya bersih dan selesa untuk kitorang berdua. Masa tu si kembar tak ikut sekali sebab masih dikampung Mama. 




Kemudahan dalam bilik pun ok. Ada 2 katil bujang, TV flat screen, Astro, peti ais kecil, boleh masak air panas dan ada Wifi percuma. Cuma perlu call reception untuk minta password je. Haa nak pinjam seterika pun boleh, minta je dari reception. Bilik air pun bersih. 








Cermin besar ni yang aii like! hehe

Harga RM110 tu termasuk sarapan pagi juga. Tapi Mama tak sempat makan kat situ, sebab awal pagi dah keluar ke kenduri. So tak dapat lah nak review makanan di hotel ni. Anyways, kalau korang nak kesana, ni detailsnya:

Rest Inn Hotel
http://www.restinnhotel.com.my
No. 1, 2, 3, 4, Jalan Abdullah, 
81900 Kota Tinggi, Johor
Email: restinnhotel@gmail.com 
Tel: +(60)7 - 882 7777 
Fax: +(60)7 - 882 1877

Labels: ,