Nasi Lemak The Warung

Salam dears,
Sesekali Mama ke Midvalley Megamall, Mama suka bersarapan di kafe The Warung. Dan menu pilihan Mama sudah tentulah Nasi Lemak dan Teh Ais. Uishh ini 2 benda memang favourite Mama! Kalau ada ni je dalam menu, dah tak pandang benda lain dah hehehe

Mama biasanya akan order Nasi Lemak Bungkus Sambal Sotong kat The Warung ni dan Mama suka sebab tak kedekut sambal. Cukup geram kalau nasi lemak sambal ciput je, nasi belum habis sambal dah licin, betul tak?
Sedap!

Tapi yang kat sini, Mama puas makan. Sambalnya tak terlalu pedas, tak terlalu manis, tak terlalu berminyak. Ehhh ikut tekak Mama ni, memang aii like lah! Nasi lemaknya pun ok, tak terlalu berlemak tapi masih 'ada rasa'.

Kafe The Warung ni terletak di tingkat 1, bersebelahan dengan laluan masuk dari stesen Komuter dan laluan ke Northpoint. Mama biasa datang waktu pagi, tak ramai orang. Kalau waktu lain tak tahu lah camna. 


Kerusi jenis tu je yang Mama kurang gemar, sebab tak dak tempat nak bersandar. Aii sakit pinggang & lenguh bila dok lama lama. Biasalah, aii 'muda remaja' kan hehe ;-)


Harga? Errr kategori tak berapa nak murah. Nasi lemak tu ok lagi, cuma harga teh ais tu yang bagi Mama, agak mahal. Tapi sekali sekala makan sini, ok lah. Lagipun, kat Midvalley kan...biasalah harga camni.

Menu lain kat sini pun Mama belum pernah cuba, sebab tiap kali datang automatik terus order Nasi Lemak Bungkus. Kalau korang pernah datang sini, rekemen skit....apa lagi makanan yang best kat The Warung ni?

Labels: