Bila mengetahui bahawa video rakaman macam tu boleh dijual dengan harga yang tinggi, Lou pun berminat nak ceburi bidang tersebut. Bermula dengan guna camcoder biasa je, dia berusaha untuk dapatkan rakaman kejadian kemalangan, rompakan, pembunuhan dan kejadian yang ganas ganas macam tu lah. Dan dia sanggup buat apa saja untuk dapatkan rakaman 'terbaik' yang boleh dijual pada harga paling tinggi.
Sepanjang menonton filem ni, banyak adengan yang buat Mama tertanya tanya apa lagi laaa yang Lou akan buat? Pastu fikir "uishhh gila laa dia ni". Berdebar debar jantung ku! Nak tahu kenapa? Haaa tu korang kena tonton sendiri hokey? Ohh yaa...filem Nightcrawler ni tak sesuai ditonton oleh kanak-kanak tau.
Lou Bloom
(pic from Google)