Keenakan Pretzel di Pretz n' Beanz Cafe

Salam dears,
Si kembar 3 suka makan pretzel. Sebelum ini, Mama biasa beli pretzel dari satu tempat je. Rasanya korang pun mesti tahu apa brand nya kan? Tapi sekarang, Mama dah ada pilihan lain! Baru baru ni Mama dan beberapa rakan bloggers berpeluang merasai sendiri keenakan pretzel di Pretz n' Beanz Cafe di Solaris Mont Kiara.

Mama di Pretz n' Beanz Cafe

Pelbagai hidangan kami cuba. Bukan sekadar pretzel, malah pizza dan pasta pun ada. Tengok je kat menu dan order lah mengikut citarasa anda gitu.



Jemput makan ;-)

Ikut tekak Mama ni, semuanya sedap! Mama suka sangat pretzelnya yang lembut dan besar. Sedikit 'chewy' berbanding roti biasa, tapi tak liat. Perghh memang sedaplah! Mama siap tapau lagi tau hehe. Balik panaskan sekejap dalam microwave, pretzel masih lembut dan sedap! Aii like ;-) 

Haaa keistimewaan pretzel di Pretz n' Beanz Cafe ialah 'freshly baked'. Maksudnya, bila pelanggan order barulah pretzel tu akan di bakar (bake). Pretzelnya tidak rasa berminyak dan tidak menggunakan bahan pengawet. Dan jangan risau, makanan disini adalah Halal. Okay lah meh nak tayang pics bagi korang terliur hehehe


Mama pilih Cafe' Latte ni. Memang 'rich & creamy'. Kena secawan je terus terbeliak biji mata & hilang ngantuk hehe


Cafe' Latte (RM11.00) dan Green Tea Latte (RM11.90)


Ice Blended Green Tea (RM13.90)


Basil Cheese Pretzel (RM7.30)


Boleh pilih untuk dicicah dengan sos caramel, chocolate, cream cheese dan sour cream & onions.


Cinnamon Sugar Pretzel (RM6.25). 
Cicah dengan sos cream cheese tu memang sedap wehh. Rasa masam masam manis, best! 


Ini menu yang korang mesti cuba - Pretz n' Stew Green Curry Chicken (RM17.90)
Memang Green Curry tu sangat, sangat sedap! Sampai berebut rebut kitorang makan tau. Lepas tu, blogger Sohoque conquer terus sampai habis hahaha


Bila digabungkan, perghh terangkat! 

Champignon Baked Egg (RM17.90). Memang tak kedekut cheese, sedap!


Chicken Hawaian Pretzel Pizza (RM15.80 untuk 7 inci). 
Pertama kali Mama rasa pizza yang menggunakan pretzel sebagai 'base' dan Mama sukakannya!

Volcano Chocolate Cake with Ice Cream (RM13.65)

Ini idaman hati ku sejak pertama kali baca review Pretz n' Beanz Cafe di blog Abah Careno lagi tau. Bila dapat rasa, uishhh memang jatuh cinta! Gabungan aiskrim yang sejuk dengan 'melting hot chocholate' kat dalam kek tu memang sangat padan. Ishhh macam terasa rasa je kat tekak ni kesedapannya *drooling*


Lain lain yang ada di sini.

Selain daripada makanan yang sedap, Mama suka dekorasi Pretz n' Beanz Cafe ni. Selesa dan rasa 'cozy'. Sesuai dengan konsep 'family cafe'. Kalau nak smoking ke vape ke, sila duduk di luar ye...









Harga? Standard biasalah untuk cafe gini kan. Tapi bagi Mama, harga berbaloi dengan 'portion' yang besar dan keenakan hidangannya. Nah Mama kongsikan sebahagian menu untuk korang tengok sendiri, klik digambar tu untuk besarkan ye. Kalau nak order delivery pun boleh, telefon je 010-9507 393.












Terus register jadi ahli hokey :-)

InsyaAllah nanti Mama nak bawa si kembar plak ke Pretz n' Beanz Cafe. Mesti diorang suka, dah boleh bayangkan muka excited diorang nampak pretzel...nampak Volcano Cake tu. Ehh Mama pun dah tak sabar nak pergi lagi ni! Hehehe

Maklumat lanjut Pretz n' Beanz Cafe'
Webzite: www.pretznbeanz.com
Facebook : Pretz n' Beanz Cafe

Cawangan Solaris Mont Kiara
No. 22, Ground Floor, Jalan Solaris 4, 
50480 Kuala Lumpur

Tel : +603 6204 97 33
E-mail : smk@pretznbeanz.com
Waktu operasi :

Ahad - Khamis : 7.30 pagi – 12.00 tengah malam.
Jumaat, Sabtu, Cuti Umum : 7.30 pagi – 1.00 pagi.

Cawangan IPC Shopping Centre
G23, Ground Floor, IPC Shopping Centre, 
No.2, Jalan PJU 7/2 Mutiara Damansara,

47800 Petaling Jaya, Selangor
Tel : +603-7732 0175
E-mail : ipc@pretznbeanz.com
Waktu operasi :

Isnin - Ahad : 9.00 pagi - 10.00 malam

Labels: , ,